Jalan pintas

Laman ini memuatkan senarai perbincangan mengenai permohonan penghapusan rencana. Bagi melihat senarai laman yang diusulkan untuk dihapuskan sila ke; KAT:PDM.

Prosedur[sunting sumber]

Penting: Hanya Penyelia Wikipedia yang sah SAHAJA yang dibenarkan untuk menggugurkan templat/teg hapus yang diletakkan di sesuatu laman, sekiranya penyelia tersebut mendapati bahawa laman tersebut sesuai untuk dikekalkan dan dibebaskan daripada dicalonkan untuk dihapuskan.

Walau bagaimanapun, penyelia harus mempertimbangkan terlebih dahulu perkara-perkara yang menyebabkan templat/teg hapus itu diletakkan oleh sesuatu pihak yang merasakan sesuatu rencana itu harus dicalonkan untuk dihapuskan. Sekiranya tiada sebarang maklum balas dikemukakan oleh mana-mana pihak berkenaan peletakkan templat/teg hapus di sesuatu laman yang dicalonkan untuk dihapuskan dalam tempoh 7 hari dari tarikh usul dikeluarkan, maka Penyelia Wikipedia boleh bertindak terus menghapuskan laman tersebut sekiranya ia mendapati laman tersebut sesuai untuk dihapuskan. Wikipedia:Menghapuskan laman mesti dijadikan sandaran dalam sebarang tindakan berkaitan.

Sekiranya terdapat maklum balas terhadap usul/cadangan penghapusan laman yang dicalonkan, perkara-perkara yang diperbincangkan dan pengundian perlu dijadikan keutamaan. Rujukilah dasar rasmi Wikipedia:Menghapuskan laman sebagai pedoman.

Istilah asas bagi syor memadamkan sesuatu rencana[sunting sumber]

Pada kebiasaan, terdapat beberapa istilah yang diguna pakai oleh Wikipedis untuk memulakan langkah-langkah pemadaman rencana, istilah-istilah ringkas yang diguna pakai bertujuan untuk menerangkan secara kasar mengapa sesuatu rencana itu disyorkan untuk dipadam selain itu ia bagi memastikan para pencipta rencana baru dapat lebih peka terhadap bentuk rencana bagaimana yang akan dihapuskan didalam Wikipedia.

Istilah-istilah kecil ini akan diletakkan dalam tag namun ia dipisahkan dengan simbol "|". Sebagai contoh:((Hapus|Vandalisme)). Hasilnya, skrin akan memaparkan kotak tag seperti ini:

JANGAN BUANG PENYATA INI, MEMBUANGNYA BOLEH MENYEBABKAN ANDA DISEKAT DARI MENYUNTING DI WIKIPEDIALaman ini telah dicadangkan untuk dihapuskan, kerana Vandalisme. Jika anda tidak bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan sebabnya di sini, atau di laman perbincangannya.Untuk maklumat lanjut, sila lihat dasar penghapusan laman Wikipedia.

Contoh istilah umum yang digunapakai dan ertinya:

Senarai permohonan memadam laman mengikut tarikh[sunting sumber]

Sejarah permohonan memadam laman

Berikut adalah senarai laman-laman yang telah dimohon untuk dihapuskan menerusi kaedah undian umum, keputusan pemadaman atau dikekalkan ada ditayangkan pada kotak status. Sekiranya anda bercadang untuk memohon pihak kami menjalankan undian umum bagi sesuatu laman agar laman tersebut dihapuskan, silalah ke Wikipedia:Kedai kopi dan nyatakan hasrat anda disana atau hubungi kami.

9 Disember 2021

JackKyndra

JackKyndra (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log) – (Lihat AfD · Stats)
(Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP· FENS · JSTOR · NYT · TWL)

Subjek dalam rencana kekurangan rujukan dan liputan media. Penulisan rencana juga seperti iklan dan tidak neutral. SNN95 02:59, 9 Disember 2021 (UTC)[balas]

Bantahan pemadaman laman[sunting sumber]

Jika anda mempunyai bantahan terhadap apa-apa laman yang telah diusulkan untuk dihapuskan oleh mana-mana pihak, sila kemukan di bawah. Bantahan mesti dimaklumkan dalam tujuh hari dari tarikh usul dikeluarkan. Harap maklum.