Wakaf Bharu
Stesen KTM Antarabandar
LokasiWakaf Bharu, Kelantan, Malaysia.
Koordinat6°7′6.3″N 102°12′2.5″E / 6.118417°N 102.200694°E / 6.118417; 102.200694
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
LaluanAliran Pantai Timur (KTM Antarabandar)
Platform1
Trek2 (Laluan kedua dijadikan tempat perselisihan)
Pembinaan
Templat letak kenderaanPercuma
Sejarah
Dibina semula2008 (Berpindah ke stesen baru 2009)
Lokasi
Map

Stesen keretapi Wakaf Bharu merupakan sebuah stesen KTM Antarabandar di Wakaf Bharu, Kelantan. Stesen ini merupakan stesen kereta api yang paling hampir dengan ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu melalui Laluan Persekutuan Malaysia 134. Kota Bharu tidak mempunyai stesen kereta api.

Stesen keretapi Wakaf Bharu ini merupakan stesen ke-2 di Aliran Pantai Timur selepas Stesen keretapi Tumpat.

Stesen sebelumnya Laluan Stesen berikutnya
Tumpat   Aliran Pantai Timur   Pasir Mas

Persimpangan jalan raya dan kereta api

Pemandangan di persimpangan di Wakaf Bharu dari kereta api.

Di Wakaf Bharu, kesesakan selalu terjadi di persimpangan jalan raya dan landasan kereta api. Mereka terpaksa menunggu selama 15 hingga 30 minit bagi memberi laluan kepadam kereta api yang melntasi. Banyak persimpangan jalan raya dan kereta api di Kelantan belum dibina jambatan khas untuk jalan raya atau khas untuk kereta api sahaja.

Terkandas akibat banjir

Pada 25 November 2009, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas di Stesen Keretapi Wakaf Bharu dan Stesen keretapi Gua Musang . Ini kerana perkhidmatan Keretapi Ekspres Wau dan Keretapi Ekspres Timuran tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan banjir berhampiran laluan kereta api Kuala Krai, Kelantan. Harian Metro melaporkan ratusan penumpang terkandas sehingga landasan tersebut selesai diperbaiki. Jambatan kereta api berhampiran Sungai Kelantan melimpah lebih 20 10 meter. Batu kelikir ditimbun semula dan diperkemas agar kereta api tidak tergelincir.