Pontianak Harum Sundal Malam II | |
---|---|
Pengarah | Shuhaimi Baba |
Penulis |
|
Dibintangi | |
Diedarkan oleh | Pesona Pictures |
Tarikh tayangan | 24 November 2005 (Malaysia) |
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pontianak Harum Sundal Malam II ialah sebuah filem seram Malaysia 2005 yang telah diarahkan oleh Shuhaimi Baba.[1] Ia diterbitkan oleh Pesona Pictures, dan merupakan filem susulan bagi Pontianak Harum Sundal Malam. Tayangan perdana pada 24 November 2005.[1]
Selepas kematian Marsani, Meriam terus menghantui seluruh keturunan Marsani. Bermula dengan membuatkan Zali hilang ingatan lalu menghilangkan diri. Serta merampas anak Asmadi kerana beranggapan itu adalah anaknya. Meriam bersumpah untuk membalas dendam selagi miliknya tidak dipulangkan sepenuhnya. Maria kemudian bertemu Joyo, seorang guru kuda kepang, telah diamanahkan untuk menjaganya. Namun begitu, Joyo mengkhianati amanah ini apabila beliau dikuasai nafsu dan ingin memiliki Meriam yg kini telah bersatu dengan Maria. Manakala Bayang kini diamanahkan untuk memujuk Meriam agar mengembalikan semula jasad Maria kepada mereka, sekaligus menamatkan segala dendam diantara Meriam dan keturunan Marsani.
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-19 | Pengarah Filem Terbaik | Suhaimi Baba | Menang |
Filem Terbaik | Pontianak Harum Sundal Malam 2 | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Rusdi Ramli | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik | Maya Karin | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Suhaimi Baba, Halina Samad | Tercalon | |
Cerita Asal Terbaik | Suhaimi Baba | Tercalon | |
sinematografi Terbaik | Mohd Filus | Tercalon | |
Penyunting Terbaik | Kamaruddin Abu | Tercalon | |
Skor Muzik Asal Terbaik | Shamsul Cairel | Tercalon | |
Penata Seni Terbaik | Kamarul Nizam, Aida Buyong | Menang | |
Penata Bunyi Terbaik | Ibrahim Ellias | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Ida Nerina | Tercalon | |
Lagu Tema Asal Terbaik | Ku Seru - Ajai | Menang | |
Pereka Costum/Busana Terbaik | Dee Hasnan | Tercalon | |
Poster Terbaik | Pesona Pictures Sdn Bhd | Tercalon |
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Ku Seru" (nyanyian Misha Omar) | Shuhaimi Baba | Ajai | 4:25 | ||||||
Jumlah masa: 4:25 |