FFM 19 2006
Filem Terbaik:
Gubra
Pengarah Terbaik:
Shuhaimi Baba - Pontianak Harum Sundal Malam 2
Pelakon Lelaki Terbaik:
Afdlin Shauki - Buli Balik
Pelakon Wanita Terbaik:
Sharifah Amani - Gubra
Lakon Layar Terbaik:
Yasmin Ahmad - Gubra
Festival Filem Malaysia ke-19 diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2006, membawa tema "Ke Arah Kecemerlangan dalam Penerbitan Filem".
Filem kedua yang dipertandingkan dalam festival ini arahan Yasmin Ahmad berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada malam tersebut menewaskan calon-calon yang lain terutamanya filem yang bertemakan kenegaraan seperti Bilut.
Pada malam tersebut, pemenang Pelakon Wanita Terbaik FFM 19, Sharifah Amani, telah menggemparkan hadirin dengan menyatakan dirinya bodoh jika berbahasa Melayu. Ini telah menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak terutamanya pihak kementerian tentang hal tersebut. Beliau menyatakan tersebut kerana beliau tidak beberapa fasih berbahasa kebangsaan dan beliau sering menuturkan bahasa inggeris ketika di rumah. Beliau tidak berniat untuk menghina bahasa kebangsaan kita[1].