3 Februari 2024 ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Nori" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Nori

Nori (海苔, のり, Cina tradisional: 海苔pinyin: hǎitái, Korea: , rumi: gim) ialah bahan makanan berupa helaian rumpai laut kering yang digunakan sebagai hiasan dan penyedap pelbagai macam masakan Jepun, lauk sewaktu makan nasi, dan bahan makanan ringan seperti senbei. Bahan asasnya ialah alga jenis Porphyra seperti P. yezoensis dan P. tenera.

Walaupun warna tidak dapat dijadikan penilaian kualiti, helaian nori berkualiti tinggi umumnya berwarna hitam kehijauan, sedangkan nori berkualiti lebih rendah berwarna hijau hingga hijau muda.

Jenis-jenis

Udon dihiasi kizaminori
Okonomiyaki dengan penyedap aonori

Di Jepun

Ukuran piawai sehelai nori di Jepun ialah 21 cm x 19 cm yang kemudian dipotong-potong bergantung kepada keperluannya. Dilihat pada ukuran besarnya, nori terdiri daripada beberapa jenis:

Di Korea

Korea terkenal dengan nori berasa minyak bijan, cili, dan butiran garam agak kasar sehingga berbau lain dan terasa agak pedas.

Industri rumput laut

Makanan ringan Nori senbei

Pada musim gugur di saat suhu air laut sekitar 20°C, sangkutan rumput laut yang berbentuk jala dipasang di dekat muara sungai menghampiri laut. Spora rumput laut melekat pada jala dan berkembang biak dengan cepat. Tuaian sudah dapat dilakukan di musim sejuk tahun yang sama ketika tanaman berumur sekitar 45 hari. Setelah tuaian pertama, rumpai laut masih boleh dituai berulang kali dengan masa rehat 10 hari.

Cara tradisional pembuatan nori:

Nori dibungkus dalam bungkusan beg plastik, botol plastik atau tin kedap udara kerana sifat nori yang mudah kehilangan rasa rangup dan mudah menjadi lembab. Ajitsuke nori (okazu nori) lebih mudah menjadi lembab dibandingkan nori biasa. Oleh sebab itu, ajitsuke nori biasanya dibungkus dalam bungkusan-bungkusan kecil yang hanya berisi beberapa helai nori ukuran mini. Walaupun bungkusan nori banyak menggunakan gel silika dan bahan-bahan lain sebagai penyerap kelembaban, nori yang sudah dibuka bungkusannya sebaiknya segera dihabiskan secepat mungkin sebelum menjadi lembab dan tidak enak.

Lihat juga

Pautan luar