Minyak bija di dalam bekas kaca | |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 3,699 kJ (884 kcal) |
Karbohidrat | 0.00 g |
Lemak | 100.00 g |
- tepu | 14.200 g |
- monotaktepu | 39.700 g |
- politaktepu | 41.700 g |
Protein | 0.00 g |
Vitamin C | 0.0 mg (0%) |
Vitamin E | 1.40 mg (9%) |
Vitamin K | 13.6 μg (13%) |
Kalsium | 0 mg (0%) |
Besi | 0.00 mg (0%) |
Magnesium | 0 mg (0%) |
Fosforus | 0 mg (0%) |
Kalium | 0 mg (0%) |
Natrium | 0 mg (0%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Minyak bijan ialah minyak sayuran yang boleh dimakan yang dihasilkan daripada bijan. Selain digunakan sebagai minyak masak di India Selatan, ia sering digunakan sebagai penaik rasa dalam masakan Cina, Jepun, Timur Tengah, Korea, dan Asia Tenggara.
Minyak daripada bijian yang kaya dengan nutrisi ini juga terkenal penggunaannya dalam perubatan alternatif, urutan tradisional hinggalah moden. Amalan perubatan India tradisional yang mengamalkan Ayurveda menggunakan minyak bijan.[1]
Minyak ini terkenal di Asia dan dikenali sebagai minyak yang berasaskan tanaman yang paling awal diketahui, tetapi pengeluaran moden berskala besar terus terhad walaupun hari ini disebabkan proses tuaian manual yang tidak efisyen untuk mengekstrak minyak.
Biji-biji bijan ditekan secara mekanikal untuk mendapatkan minyak yang diperah darinya.[2] Di Cina, Korea, dan Jepun, biji bijan digoreng tidak berminyak atas suhu 200℃ terlebih dahulu sebelum diperas menghasilkan minyak berwarna perang keemasan dan berbau harum berbanding minyak yang ada dalam masakan India Selatan dan Myanmar berwarna kuning keemasan
Minyak bijan yang digunakan untuk tujuan pemasakan lain seperti bumbu salad sering ditambahkan dengan minyak sayuran lain.[2]
Masakan India Selatan dan Myanmar menggunakan miinyak bijan sebagai minyak goreng.
Minyak bijan dituangkan sebagai penyedap dalam masakan Korea, Cina, dan Taiwan.
Minyak bijan mengandungi asid lemak seperti berikut:[3]
Asid lemak | Penamaan | Minimum | Maksimum |
---|---|---|---|
Palmitik | C16:0 | 7.0% | 12.0% |
Palmitoleik | C16:1ω7 | trace | 0.5% |
Stearik | C18:0 | 3.5% | 6.0% |
Oleik | C18:1ω9 | 35.0% | 50.0%/lino |
Linoleik | C18:2ω6 | 35.0% | 50.0% |
Linolenik | C18:3ω3 | trace | 1.0% |
Eikosenoik | C20:1 | trace | 1.0% |
Minyak bijan:Spesifikasi
Ujian | nilai |
Ketumpatan pada 300C / 300C | 0.915-0.919 |
Indek Pembiasan(400C) | 1.4645-1.4665 |
Nilai saponifikasi | 188-193 |
Nilai iodin | 103-120 |
Jirim tak tersaponifikasikan % maks | 1.5-2.0% |
Suhu kekeruhan Bellier 0C maks | 220C |
Lignan sesamin dan sesamolin adalah komponen kecil dalam minyak bijan.[4] Ia juga mengandungi antioksidan sesamol yang mampu mengelakkan minyak ini cepat tengik apabila terdedah kepada persekitaran terbuka.[2][5]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Minyak bijan |