Naqab (Arab: ٱلنَّقَب, rumi: an-Naqab , Ibrani: הַנֶּגֶב, rumi: ha-Négev , diinggeriskan kepada Negev) ialah sebuah kawasan padang pasir dan separa gurun di bahagian selatan entiti Israel bahagian barat Timur Tengah. Gurun ini merupakan muka bumi tertua ditemukan bertarikh 1.8 juta tahun dahulu.[1][2]
Gurun ini dimasukkan dalam kawasan Palestin Bermandat pada 10 Julai 1922 diizinkan oleh wakil British St John. Philby "atas nama Trans-Jordan". [a] Walaupun begitu, rantau ini kekal dalam pemilikan eksklusif orang Arab Palestin sehingga 1946 di mana Rancangan Morrison–Grady yang hendak memperuntukkan kawasan itu kepada negara Arab lalu Agensi Yahudi segera melaksanakan penempatan orang diaspora Yahudi di sana;[4][5] kesannya dalam tempoh setahun membawa kepada Rancangan Pembahagian Palestin diaturkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan kawasan Naqab kepada pihak Israel.
Kawasan gurun ini turut menempatkan suatu masyarakat Badwi sebanyak 25% kependudukan setempat (sebanyak 160,000 orang) manakala selebihnya dari kaum Yahudi sebanyak 470,000 orang atau 75%.[6] Kota Beersheba merupakan petempatan terbesar di rantau ini serta selaku ibu kota pemerintahan utama.
Nama Naqab meminjam dari bahasa Arab bermaksud "jalan sempit gunung" (طريق ضيّق في جبل)[7] atau "laluan [gunung]"[8][9] dari akar ن ق ب bermaksud "merentas, menembus, melalui".[10][7] Negev pula meminjam dari bahasa Ibrani yang bermaksud "kering" atau "selatan"; maksud kedua ini digunakan dalam terjemahan Kitab Perjanjian Lama.[11]
Gurun ini dipenuhi gunung-ganang berbatu perang bertaburan antara wadi dan kawah dalam. Kawasan gurun ini terbahagi kepada lima kawasan ekologi tersendiri iaitu kawasan utara yang menghampiri iklim Mediterranean bertanah subur dan cukup hujan, kawasan barat, kawasan tengah, kawasan penara tinggi dan lembah Arabah.
Wilayah Negev beriklim kering terletak di sebelah timur gurun Sahara dan jauh selatan dari pesisiran timur Laut Tengah Palestin/Israel berkedudukan dalam garis selari utara ke-31: kota Eilat hanya mendapat curahan hujan setinggi rata-rata 31 mm setahun sambil kosong dari bulan Jun sampai Oktober.[12] Bandar-bandar di kawasan utara gurun seperti Beersheba separa gurun.
Data iklim untuk Beersheba | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 28.4 (83.1) |
31 (88) |
35.4 (95.7) |
40.9 (105.6) |
42.2 (108.0) |
46 (115) |
41.5 (106.7) |
40.5 (104.9) |
41.2 (106.2) |
39.6 (103.3) |
34 (93) |
31.4 (88.5) |
46 (115) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 16.7 (62.1) |
17.5 (63.5) |
20.1 (68.2) |
25.8 (78.4) |
29 (84) |
31.3 (88.3) |
32.7 (90.9) |
32.8 (91.0) |
31.3 (88.3) |
28.5 (83.3) |
23.5 (74.3) |
18.8 (65.8) |
25.7 (78.3) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 7.5 (45.5) |
7.6 (45.7) |
9.3 (48.7) |
12.7 (54.9) |
15.4 (59.7) |
18.4 (65.1) |
20.5 (68.9) |
20.9 (69.6) |
19.5 (67.1) |
16.7 (62.1) |
12.6 (54.7) |
8.9 (48.0) |
14.2 (57.6) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | −5 (23) |
−0.5 (31.1) |
2.4 (36.3) |
4 (39) |
8 (46) |
13.6 (56.5) |
15.8 (60.4) |
15.6 (60.1) |
13 (55) |
10.2 (50.4) |
3.4 (38.1) |
3 (37) |
−5 (23) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 49.6 (1.95) |
40.4 (1.59) |
30.7 (1.21) |
12.9 (0.51) |
2.7 (0.11) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0.4 (0.02) |
5.8 (0.23) |
19.7 (0.78) |
41.9 (1.65) |
204.1 (8.04) |
Purata bilangan hari kerpasan | 9.2 | 8 | 6.4 | 2.6 | 0.8 | 0 | 0 | 0 | 0.1 | 1.8 | 4.6 | 7.5 | 41 |
Sumber: Israel Meteorological Service[13][14] |
Data iklim untuk Eilat | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 32.2 (90.0) |
35.8 (96.4) |
38.7 (101.7) |
43.4 (110.1) |
45.2 (113.4) |
47.4 (117.3) |
48.3 (118.9) |
48.0 (118.4) |
45.0 (113.0) |
44.3 (111.7) |
38.1 (100.6) |
33.6 (92.5) |
48.3 (118.9) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 21.3 (70.3) |
23.0 (73.4) |
26.1 (79.0) |
31.0 (87.8) |
35.7 (96.3) |
38.9 (102.0) |
40.4 (104.7) |
40.0 (104.0) |
37.3 (99.1) |
33.1 (91.6) |
27.7 (81.9) |
23.0 (73.4) |
31.5 (88.6) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 10.4 (50.7) |
11.8 (53.2) |
14.6 (58.3) |
18.4 (65.1) |
22.5 (72.5) |
25.2 (77.4) |
27.3 (81.1) |
27.4 (81.3) |
25.2 (77.4) |
21.8 (71.2) |
16.3 (61.3) |
11.9 (53.4) |
19.4 (66.9) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | 1.2 (34.2) |
0.9 (33.6) |
3.0 (37.4) |
8.4 (47.1) |
12.1 (53.8) |
18.5 (65.3) |
20.0 (68.0) |
19.4 (66.9) |
18.6 (65.5) |
9.2 (48.6) |
5.3 (41.5) |
2.5 (36.5) |
0.9 (33.6) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 4 (0.2) |
3 (0.1) |
3 (0.1) |
2 (0.1) |
1 (0.0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
4 (0.2) |
2 (0.1) |
5 (0.2) |
24 (1) |
Purata bilangan hari hujan (≥ 0.1 mm) | 2.1 | 1.8 | 1.6 | 0.9 | 0.7 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0.7 | 0.8 | 1.9 | 10.5 |
Sumber: Israel Meteorological Service[15][16][17][18] |
In fact, there are two mountain passes through which the road of Aylah has to cross. The western one crosses the mountain ridge to the west of the gulf, and through it passes the main road from Egypt which cuts through the whole width of Sinai, coming from Cairo via Suez. This mountain pass is also called 'Aqabat Aylah, or as it is better known, "Naqb al-'Aqabah" or "Ras an-Naqb."
|dead-url=
ignored (bantuan)