Greenland (Tanah Hijau) ݢرينلاند (تانه هيجاو)
| |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Nunarput utoqqarsuanngoravit ᓄᓇᕐᐳᑦ ᐅᑦoᖅᖃᕐᓱᐊᖖoᕋᕕᑦ Engkaulah Tanah Kuno Kami Nuna asiilasooq ᓄᓇ ᐊᓰᓚᔅooᖅ[e] Tanah yang Sangat Panjang | |||||
![]() Lokasi Tanah Hijau | |||||
![]() | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Nuuk ᓅᒃ 64°10′N 51°44′W / 64.167°N 51.733°W | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Kalaallit[a] | ||||
Bahasa lainnya | Bahasa Denmark, Bahasa Faroe, Bahasa Iceland, Bahasa Norway dan Bahasa Inggeris[a] | ||||
Kumpulan etnik | |||||
Agama | Gereja Denmark | ||||
Negara berdaulat | ![]() | ||||
Kerajaan | Pemerintahan yang didelegasikan dalam parlimen Raja Berperlembagaan | ||||
• Monarki | Frederik X | ||||
• Pesuruhjaya Besar | Mikaela Engell | ||||
• Premier | Múte Bourup Egede | ||||
• Ketua Inatsisartut | Vivian Motzfeldt | ||||
Badan perundangan | Inatsisartut ᐃᓇᑦᓯᓴᕐᑐᑦ | ||||
Daerah Autonomi dalam Kerajaan Denmark | |||||
• Pemukiman Paleo-Eskimo | Abad ke-26 SM | ||||
• Ekspansi Saqqaq | Abad ke-24 SM | ||||
• Pemukiman Dorset | Abad ke-8 SM | ||||
• Kolonisasi Norse | Abad ke-10 | ||||
abad ke-13 | |||||
1262 | |||||
• Koloni Dano-Norwegia didirikan | 1721 | ||||
• Diserahkan kepada Denmark[c] | 14 Januari 1814 | ||||
• Status Amt | 5 Juni 1953 | ||||
• Pemerintahan mandiri | 1 Mei 1979 | ||||
• Autonomi lebih lanjut dan pemerintahan sendiri | 21 Jun 2009[1][2] | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 2,166,086 km2 (836,330 bt2) | ||||
83.1[d] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan | 55,877 (1 Januari 2018)[3] | ||||
0.028/km2 (0.1/sq mi) (terakhir) | |||||
KDNK (PPP) | 2011 | ||||
• Jumlah | $1.8 bilion[4] (n/a) | ||||
$37,000 (n/a) | |||||
HDI (2010) | ▲ 0.786[5] tinggi · 61 | ||||
Mata wang | Krona Denmark ( DKK ) | ||||
Zon waktu | ((({time_zone))}) | ||||
Format tarikh | dd-mm-yyyy | ||||
Arah memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +299 | ||||
Kod ISO 3166 | GL | ||||
DPT internet | .gl | ||||
|
Grønland (dalam Bahasa Denmark, nama rasmi dalam Bahasa Kalaallit/Greenlandik: Kalaallit Nunaat; bahasa Inggeris: Greenland) atau Tanah Hijau[8] (Jawi: تانه هيجاو) ialah sebuah pulau di sebelah utara Lautan Atlantik dan timur laut Kanada. Luas wilayah adalah 2,175,000 km2 dan merupakan pulau terbesar di dunia. Pulau ini merupakan sebahagian daripada wilayah Denmark. Pada tahun 1979, Greenland diberi kuasa pemerintahan sendiri dan semenjak tahun 1985 tidak lagi termasuk dalam Kesatuan Eropah, akan tetapi Ratu Denmark masih kekal menjadi Ketua Negara. Pada tahun 2008, Greenland telah mengadakan pungutan suara untuk menentukan kemerdekaannya dari Denmark. Ibu kota Greenland ialah Nuuk.[9]
Pulau ini dinamakan Eiríkr Þorvaldsson tahun 982 semasa merantau lepas dibuang negeri akibat jenayahnya membunuh Eyjólf dan Valthjof, dua orang jirannya kerana dedua mereka sendiri membunuh hamba-hambanya yang dikatakan menyebabkan tanah runtuh di ladang kededua tuan itu di Dalasýsla barat pulau Iceland; dari pendaratannya di Hvarfsgnupr beliau menjelajah kawasan timurnya selama tiga bulan sebelum kembali ke Iceland memberitahukan kisah pengalamannya.[10][11] Di sinilah beliau menokok nama Grœnland (lakuran grœn land "tanah hijau") dengan alasan yang jelas diterangkan dalam hikayat Íslendingabók:[10][12][13]
...hann gaf namn landino, oc kallaþi Grœnland, oc quaþ menn þat mendo fýsaangat farar, at landet ætti namn gótt.
(..."dia menamakan dan memanggilkan tanah itu "Tanah Hijau", tanah yang hendak dituju orang berkelana mestilah baik namanya [menurutnya]...")
Masyarakat peribumi Kalaallit rumpun Inuit penduduk asal negeri ini sebelum kedatangan orang Viking memberi nama setempat Kalaallit Nunaat yakni "Tanah Kalaallit".[14]
Dari segi geografi, Greenland merupakan sebahagian dari Amerika Utara. 80% dari seluruh wilayah ini dilitupi dengan ais yang di beberapa tempat setebal 3 kilometer. Hanya daerah pesisir selatan dan barat yang boleh didiami oleh manusia.
Penduduk asli Greenland ialah orang Inuit atau Eskimo. Terdapat juga orang Denmark dan campuran antara orang Inuit dan Denmark yang disebut “Orang Greenland”. Thule pula menempatkan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat. Penduduk Greenland berjumlah 58,000 orang dengan pecahan orang Greenland sebanyak 80% dan orang Denmark pula 14,5%. Bahasa rasmi Greenland ialah Bahasa Denmark dan Bahasa Inuit.
Agama terpenting ialah Kristian Protestan Luther seperti di Denmark.
Ekonomi Greenland bergantung kepada hasil laut, perlombongan dan perlancongan. Antara keluaran sektor perlombongan termasuk uranium, aluminium, nikel, platinum, tungsten, titanium, tembaga dan delima.
Ketahui lebih lanjut tentang Greenland di Wikipedia: | |
![]() |
Takrifan dari Wikikamus |
![]() |
Imej dan media dari Commons |
![]() |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity |
![]() |
Berita dari Wikiberita |
![]() |
Teks sumber dari Wikisumber |