Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Mezzo-soprano dalam bahasa Itali bermaksud "soprano perantaraan", ialah penyanyi wanita yang lingkungan suaranya terletak di antara suara soprano dan alto. Suara mezzo-soprano kebiasaannya memanjang dari A di bawah C tengah hingga ke dua A di atas oktaf (contohnya A3-A5 dalam notasi pic saintifik, di mana C tengah = C4).

Suara mezzo-soprano secara umumnya adalah lebih berat dan bernada kelam berbanding dengan suara penyanyi soprano. Namun jika dibandingkan dengan penyanyi alto (juga dikenali sebagai kontralto), resonan suara mezzo-soprano adalah lebih tinggi lingkungannya.

Istilah Dugazon dan Galli-Marié (diambil dari nama 2 penyanyi terkenal Louise-Rosalie Lefebvre dan Célestine Marié) kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada suara mezzo-soprano ringan. Suara penyanyi kastrato yang berada dalam lingkungan suara mezzo-soprano dikenali sebagai mezzo-soprano kastrato atau mezzista.

Penyanyi mezzo-soprano kebiasaannya adalah peranan wanita ke-2 untuk opera kecuali beberapa opera seperti karya Georges Bizet berjudul Carmen, peranan Rosina hasil karya penggubah Gioacchino Rossini untuk opera The Barber of Seville dan beberapa lagi.

Peranan lazim untuk penyanyi mezzo-soprano termasuklah sebagai ahli sihir, jururawat, wanita yang pintar seperti peranan Azucena dalam opera karya Verdi yang berjudul Il trovatore. Penyanyi mezzo juga kerap diberi peranan sebagai lelaki muda (berpakaian dan bergaya seperti lelaki, dalam bahasa Inggeris dipanggil trouser role) seperti peranan Cherubino, hasil karya penggubah Mozart untuk opera berjudul Le Nozze di Figaro dan juga sebagai watak wanita bersikap dengki seperti peranan Amneris dalam opera gubahan Verdi berjudul Aida .

Penyanyi mezzo-soprano amat dikenali dan mahsyur untuk lagu-lagu era barok, muzik-muzik awal dan opera era barok. Mereka kerapkali berlakon untuk peranan soubret (salah satu jenis suara soprano) jika bunyi suara dramatik diperlukan. Pada masakini, penyanyi kontralto juga dikira sebagai mezzo-soprano.

Kategori suara (fächer) mezzo-soprano

  • Peranan koloratura karya penggubah Rossini seperti opera La Cenerentola dan peranan Rosina dalam The Barber of Seville
  • Peranan lirik seperti Dorabella dalam opera Cosi fan tutte, Cherubino dalam opera The Marriage of Figaro, Octavian dalam opera Der Rosenkavalier.

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Janet Baker, Marilyn Horne, Frederica von Stade, Anne-Sofie von Otter dan Cecilia Bartoli.

  • Peranan – peranan untuk suara ini termasuklah Azucena dalam Il trovatore, Amneris dalam Aida, Dalila dalam Samson et Dalila, Brangäne dalam Tristan und Isolde, dan Herodias dalam Salome.

Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah Giulietta Simionato, Fiorenza Cossotto, Olga Borodina dan Dolora Zajick.

Peranan mezzo-soprano dalam opera

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
Soprano
Alto
Tenor
Bes

Berikut adalah senarai peranan penyanyi mezzo-soprano dalam repertoir kebiasaan menurut piawaian suara mereka. Kebanyakan mezzo-sopranos juga secara lazimnya menyanyikan peranan alto, dan sesekala menyanyikan peranan penyanyi soprano. Amat jarang untuk seorang mezzo-soprano melakonkan watak utama dalam sesebuah opera kerana kebanyakan nota lagu ditulis untuk penyanyi soprano.

Peranan mezzo-soprano sebagai watak utama dalam opera

Peranan lain untuk mezzo-soprano dalam opera

Mezzo-soprano (wanita melakonkan peranan lelaki) dalam opera

Peranan mezzo-soprano dalam opereta dan teater muzikal

Peranan mezzo-soprano penting atau terkemuka menjadi suatu yang kebiasaan dalam setiap karya muzik gubahan penggubah Gilbert dan Sullivan. Kesemua karya-karya seni mereka dilakonkan oleh penyanyi terkenal pada era itu, iaitu Jessie Bond pada 1880an. Nama beliau tidak tersenarai di bawah kerana kekerapan beliau beraksi dalam opereta dan teater muzikal.

Lihat juga

Portal Opera
Portal Muzik klasikal

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

(Untuk pemahaman lanjut)

Pautan luar