Opereta adalah satu genre opera ringan; bermaksud tidak sebegitu berat seperti persembahan dan penggubahan muzik sesebuah opera. Opereta adalah opera tetapi persembahannya agak berupa seperti sebuah teater muzikal. Kebiasaannya libreto-libreto opereta lebih kepada dialog daripada nyanyian. Opereta juga dianggap kurang "serius" berbanding dengan opera. Walau bagaimanapun, opereta tetap dianggap sebagai opera kerana penyanyi-penyanyi opereta menyanyi dengan menggunakan suara opera berbanding dengan suara penyanyi muzik popular untuk teater-teater muzikal biasa.

Lihat juga

Buku rujukan

Pautan luar