Layla Sania | |
---|---|
Nama lahir | Layla Sania binti Khairuzikri |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Malaysia | 22 November 2002
Genre | Pop, Jazz |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal, gitar, keyboard |
Tahun aktif | 2012–2013, 2019–kini |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Bunga Isme |
Layla Sania Khairuzikri (lahir 22 November 2002) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Layla membuat penampilan sulungnya dalam persada muzik tempatan dengan mengeluarkan single sulungnya, "Que Sera Sera" pada pertengahan 2019.[1][2] Beliau mulai dikenali ketika menyertai rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga pada tahun yang sama. beliau juga memenangi anugerah Pelakon Wanita harapan FFM2022 melalui filem Small Town Heroes
Pada usia 10 tahun, Layla Sania memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak menerusi telefilem Cucu Tok Aki, diikuti oleh drama Bangkitnya Seorang Perempuan.[2] Bagaimanapun, beliau meninggalkan kerjaya seni untuk seketika bagi memberi tumpuan kepada pelajarannya. Di usia 17 tahun, beliau bergiat aktif dalam teater dan suara latar.[2]
Pada tahun 2018, beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian MBP Singing Competition 2018. Layla menandatangani kontrak bersama Warner Music Malaysia pada 2019 dan muncul bersama single pertamanya, "Que Sera Sera" yang bermaksud "apa yang akan terjadi, pasti terjadi" dalam bahasa Sepanyol. Lagu ini ialah hasil nukilan bapanya sendiri, Khairuzikri yang menggunakan nama pena, Mystictune.[1][3]
Kemudian pada Februari 2020, beliau menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga. Lagu "You're The Only One in My Heart" nyanyian asal penyanyi Taiwan, Tiger Huang memperkenalkan lagi nama beliau dalam industri muzik tanah air.[4][5] Single keduanya pula menyusul dengan tajuk "Lakaran" pada Mac 2020.[6]
Layla muncul dengan lagu Mandarin pertamanya, "By Your Side" pada 22 Januari 2021.[5][7] Pada Julai 2021, Layla muncul sebagai artis kedua Malaysia selepas Yuna dan sebelum Dolla, yang dipaparkan di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat. Penampilan beliau ialah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify. Layla ialah wakil Equal Malaysia dan Singapura dan terbabit dalam projek ini di samping 34 artis mewakili 50 negara lain.[8][9]
Layla bersama-sama 15 artis berbilang kaum termasuk Iman Troye, Ariff Bahran, Priscilla Abby dan Henley Hii menyumbangkan suara untuk lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan negara ke-64 bertajuk "We Are One" hasil karya Teng Bee terbitan Multimedia Entertainment. Lagu ini diterbitkan bagi membangkitkan semangat rakyat Malaysia memerangi penularan pandemik COVID-19.[10]
Beliau kemudian muncul dengan single ketiga, "Bambino" yang menampilkan duet bersama Bunga Isme.[11]
Layla mempunyai kebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan menulis lirik dalam bahasa itu. Beliau menjadikan muzik dendangan penyanyi terkenal antarabangsa Amy Winehouse, Ariana Grande dan Duffy sebagai sumber inspirasi dan rujukan muziknya.[1][2]
Dalam temubual bersama The Sun Daily, Layla berkata, beliau amat meminati lagu-lagu dengan pengaruh blues. "Saya boleh menyanyikan lagu-lagu beremtak blues, tetapi pasaran di Malaysia tidak begitu menggemari muzik sebegini. Biasanya saya membuat persembahan pop dan R&B serta balada".[2]
Layla dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau mendapat pendidikan di SMJK (C) Chong Hwa.[2]
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Que Sera Sera" | 2019 |
"Lakaran" | 2020 |
"By Your Side" | 2021 |
"Bambino" (duet bersama Bunga Isme) |
Tajuk | Tahun | Catatan |
---|---|---|
"We Are One" | 2021 | Lagu patriotik Hari Kebangsaan ke-64. Bersama Iman Troye, Jack Lim, Han Xiiao Aii, Ariff Bahran, Priscilla Abby, Yise Loo, Firdhaus, Juztin Lan, Pauline Tan, Henley Hii, Jie Ying, Daphne Low, Ztish El Nino dan Nadia Pang. |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Small Town Heroes | Cikgu Aishah | Filem pertama |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Bangkitnya Seorang Perempuan | Misya (kecil) | TV3 | Drama pertama |
2014 | DanDenDon | Den | TV AlHijrah | Suara |
2015 | Aku Tak Miskin | Lili | TV1 | Drama pendek |
2023 | One Million Dollar Voice | Bella | Astro Ria | |
Jangan Lupa Janji | Mawar |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Cucu Tok Aki | Astro Ceria |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Malaysia Hari Ini | Dirinya sendiri | TV3 | Sebagai penyanyi undangan |
2020 | I Can See Your Voice Malaysia (musim 3) | Sebagai peserta | ||
Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula | Sebagai penyanyi undangan episod 7 |