Bunga | |
---|---|
Kelahiran | Noor Ayu Fatini binti Mohd Bakhari 24 Januari 2000 |
Nama lain | Bunga Isme |
Pendidikan | Diploma Pentadbiran Perniagaan |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, rapper |
Tahun aktif | 2018–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait |
|
Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari atau lebih dikenali sebagai Bunga (kadangkala dirujuk sebagai Bunga Isme; lahir 24 Januari 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Terkenal dengan imej berbaju kurung sambil mengadakan persembahan,[1][2] beliau mula mendapat perhatian media antarabangsa selepas muncul dalam rencana The New York Times dan rakaman video terbitan Bloomberg.[3][4] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Bunga" pada 2019.
Bunga mula dikenali umum menerusi satu klip video di YouTube bertajuk 16 Baris bersama Joe Flizzow meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta.[5]
Bunga telah terpilih untuk menjayakan persembahan di festival kesenian Melayu, Pesta Raya yang diadakan di Singapura.[6] Beliau kemudiannya mengikat kontrak bersama Warner Music Malaysia dan seterusnya muncul dengan single pertamanya, "Bunga".[7]
Pada tahun 2020, beliau memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi telefilem Aku, Bunga arahan Kabir Bhatia dan dibintangi bersama Ben Amir dan Naim Daniel.[8] Ia memulakan tayangan perdana di Astro First pada 13 Ogos 2020. Selain berlakon, beliau turut menyumbangkan runut bunyi telefilem yang bertajuk "Apadehal". Menurut Bunga, cerita yang dipaparkan bukan 100 peratus kisah hidupnya.[9] Untuk menjayakan Aku, Bunga, beliau mengikuti kelas lakonan di bawah bimbingan Fauziah Ahmad Daud sebelum memasuki set penggambaran.[9]
Beliau bersama Ali Gatie berkolaborasi menerusi lagu "Welcome Back" versi bahasa Melayu daripada lagu asal bertajuk sama dalam bahasa Inggeris nyanyian asal Gatie dan Alessia Cara yang dikeluarkan pada September 2020.[10][11]
Pada 12 Februari 2021, Bunga melancarkan single terbaharu, "Intan Payung" menampilkan Ratu Pop Etnik Negara, Noraniza Idris.[12][13][14]
Lagu ini merupakan ciptaan bersama Bunga dan penerbit muzik, pencipta lagu dan penyanyi rap yang semakin meningkat naik, Luca Sickta. Susunan muzik "Intan Payung" diberikan elemen muzik Gamelan oleh penerbit Luca Sickta yang sememangnya cukup dikenali di atas kecenderungannya mengangkat seni muzik Melayu dalam karya-karya popularnya seperti "Gong Nekara", "Zuhud" dan "7 Nasihat". Lirik yang ditulis oleh Bunga ini menceritakan tentang peri pentingnya mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran menuju kejayaan.
Muzik video "Intan Payung" telah dilancarkan secara rasmi di YouTube pada 8 April 2021. Muzik video ini dilaporkan berjaya mencecah 23 ribu tontonan di YouTube dalam masa 24 jam ia dilancarkan. Sambutan luar biasa itu kerana kualiti, konsep moden klasik pada muzik video itu serta tarian yang ditampilkan menarik untuk ditonton. Setelah empat bulan dilancarkan, muzik video lagu ini berjaya meraih lima juta tontonan di YouTube dan telah mendominasi carta-carta radio di Malaysia.
Pada 25 Jun 2021, beliau melancarkan single terbaharu bertajuk "Mereng". Ia dipilih sebagai runut bunyi untuk telefilem berjudul Holiday Aji Tom.[15]
Bekerjasama dengan Siti Nordiana, Bunga menyumbangkan suaranya dalam lagu "Amaran" yang berentak muzik tarian elektronik (EDM), trap dan hip hop. Dikeluarkan pada 26 November 2021, lirik lagu ini antara lain menyelitkan nasihat insan yang pernah melalui dunia percintaan.[16][17]
Beliau kemudian muncul sebagai artis undangan dalam lagu "Bambino" nyanyian Layla Sania. Ia merupakan kolaborasi pertama Bunga dalam bahasa Mandarin.[18][19]
Bunga ialah lulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seremban 3. Beliau gemar mengisi masa dengan menulis puisi.[20]
Beliau mengumumkan pada September 2021 bahawa beliau telah berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 21 tahun.[21][22]
Bunga dikenali sebagai penyanyi rap wanita bertudung pertama di Malaysia dan tampil mengenakan baju kurung setiap kali tampil di pentas.[20] Beliau berkata mengenai penampilannya:[20]
“Saya tahu ramai yang mengkritik penampilan saya berbaju kurung dan bertudung (menyanyi) dengan membawa genre rap, namun saya mahu membuktikan inilah peluang untuk menonjolkan pakaian tradisional Malaysia di mata dunia.”[20]
Beliau menjadikan Yuna sebagai idolanya dalam bidang muzik dan menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengannya.[23][24] Bunga berkata: "Saya teruja apabila Yuna sudi memberi komen. Saya tidak sangka, Yuna rupa-rupanya mengikuti akaun IG saya. Sejujurnya, saya menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengannya. Tetapi saya tidak mahu terburu-buru kerana perjalanan saya masih jauh. Insya-Allah, apabila tiba masanya, saya akan mengundang Yuna untuk bekerjasama,".[9]
Dalam temuramah bersama South China Morning Post, Bunga berkata "menjadi rapper wanita tidak semestinya saya perlu bersikap seperti lelaki atau samseng".[25] Menyifatkan nyanyian bukan kerjaya pilihan, beliau berkata dalam temuramah bersama Associated Press: "Cita-cita saya ingin menjadi ahli politik dan peguam".[26]
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2019 | "Bunga" | |
"Bukalah Matamu" (bersama Aisyah Aziz) |
Runut bunyi rasmi Ejen Ali: The Movie | |
2020 | "Kampung Aku Lit" (bersama Lil J dan Kidd Santhe) |
|
"Apadehal" | Runut bunyi rasmi Aku, Bunga | |
"300 Saat" (bersama Amzar Sabri) |
||
"Dua Puluh Dua Puluh" (bersama Aziz Harun) |
||
2021 | "Intan Payung" (menampilkan Noraniza Idris) |
Lagu finalis AJL36 |
"Mereng" | Runut bunyi rasmi Holiday Aji Tom | |
"Kena Check" (bersama Joe Flizzow dan Hullera) |
||
"Amaran" (bersama Siti Nordiana) |
||
2022 | "Belai" (bersama Amsyar Leee) |
|
"Ikat Mati" (bersama Aye Darko dan Syifa) |
||
"Buai" | ||
2023 | "Sudah Kahwin Ke Belum?" (bersama Luqman Podolski) | |
2024 | "Jiwa Raga" |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2020 | "Dup Dup" (Aizat Amdan menampilkan Bunga) |
|
"Welcome Back" (remix) (Ali Gatie menampilkan Bunga) |
||
2021 | "Bambino" (巴比诺) (Layla Sania menampilkan Bunga) |
|
2022 | "I Feel Good" (remix) (Pink Sweat$ menampilkan Bunga) |
Edisi Asia |
2023 | "Sebentar Pt. II" (Asmai menampilkan Bunga) |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2022 | "Juara" (bersama Hariz Fahayet) |
|
2023 | "Bukalah Hati" (bersama Ara Johari dan Idris Brown) |
Lagu untuk Hari Raya 2023 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Aku, Bunga | Bunga | Kabir Bhatia | Filem pertama |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Diva Popular | Dirinya sendiri | Awesome TV | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | 7 Netizen | Ila | Astro Citra | |
2021 | Holiday Aji Tom | Sofea | Awesome TV |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | MeleTOP | Artis jemputan | Astro Ria | |
Punchline DAC | Astro Warna | |||
Malaysia Hari Ini | TV3 | |||
Shopee 12.12 Pesta Hari Jadi | ||||
Anugerah Drama Sangat 2021 | ||||
2022 | Jom Berbuka | Dirinya sendiri | Bersama sahabatnya Riz Raja Amaluddin |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2019 | Colgate: #SmileStrongBersama | |
2021 | Habib: Irama Aidilfitri | |
2022 | BigPay: Selama-Raya | Bersama Fauziah Ahmad Daud sebagai Aliya |
Disney+ Hotstar |
2023 Wonder dewi
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
2021 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Tiada | "Intan Payung"
menampilkan Noraniza Idris |
Tercalon |
2022 | Anugerah Industri Muzik ke-23 | Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik | "Amaran" | Tercalon |
Lagu Pop Etnik Terbaik | "Intan Payung" | Tercalon | ||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon |