Degup Cinta | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Dendam Konflik |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Drama Turki Ruzgarin Kalbi |
Ditulis oleh | Maizura Mohd Ederis |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Syarikat penerbitan | Threeline Media |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 27 April 2020 – 23 Jun 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Chandelier |
Diikuti oleh | Pelindung Seorang Puteri |
Rancangan berkaitan | Ruzgarin Kalbi (2016) |
Degup Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan bersama Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida Mohd Radzali, dibintangi oleh Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evans dan Mathni Razak. siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 27 April 2020 menggantikan Chandelier. [1]
Ini merupakan projek TV kedua yang dijayakan bersama oleh Josiah Hogan dan Juliana Evans sejak Mimpi Sabrina (2019).
Pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal bersama gadis lain. Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana.
Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal. Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal.
Idea untuk Degup Cinta mula dicetuskan oleh Astro pada pertengahan 2018.[4] Menurut Pengarah Eksekutif 3 Line Media, Harris Ahmad Shah, idea untuk membawa produk tempatan ke pasaran antarabangsa menjadi kenyataan selepas projek ini mendapat kerjasama daripada FOX Turki.[4] Dalam temuramah bersama Astro Gempak, beliau berkata: "Kita membeli format dari sana untuk drama bersiri, Ruzgarin Kalbi sebanyak RM100,000 sebelum menghasilkan versi tempatan. Mereka bagi skrip drama asal tersebut. Terpulang pada kita sama ada mahu olah balik atau nak ikut bulat-bulat. Sepatutnya, penerbitan drama ini mengikut standard antarabangsa daripada FOX tapi mereka faham dengan bajet yang kita buat,".[4] Degup Cinta turut mendapat bantuan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menerusi Geran Produksi.[4]
Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin–Khamis, 10:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Degup Cinta | Berikutnya |
Chandelier | Pelindung Seorang Puteri |