Camp Rock | |
---|---|
Pengarah | Matthew Diamond |
Penulis | Julie Brown Paul Brown Karin Gist Regina Hicks |
Dihasilkan oleh | Kevin Lafferty Alan Sacks |
Dibintangi | Demi Lovato Joe Jonas Kevin Jonas Nick Jonas Meaghan Jette Martin Maria Canals Barrera Alyson Stoner Anna Maria Perez de Tagle |
Sinematografi | Dean Cundey |
Disunting oleh | Girish Bhargava |
Muzik oleh | Matthew Gerrard Robbie Nevil Jamie Houston Adam Watts Andy Dodd Antonia Armato Tim James |
Diedarkan oleh | Disney Channel |
Tarikh tayangan | 20 Jun 2008 |
Masa tayangan | 94 min. |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $15,000,000 |
Camp Rock ialah sebuah rancangan Disney Channel Original Movie (DCOM) yang dikeluarkan pada tahun 2008. Muziknya digubah oleh Julie Brown, Paul Brown, Regina Hicks dan Karen Gist. Filem ini pula diarah oleh Matthew Diamond dan diterbit oleh Alan Sacks, serta dibintangi kumpulan muzik Jonas Brothers dan memperkenalkan Demi Lovato yang memegang watak utama buat julung kali dalam filem. Filem ini mencatat purata 8.9 juta penonton pada malam tayangan perdananya, menjadikannya DCOM kedua paling ramai penontonnya mengekori High School Musical 2.[1]
Camp Rock menemui penonton Malaysia di Disney Channel Malaysia pada 7 September 2008 dalam bentuk siaran dwibahasa Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia.
Versi alih suara bahasa Malaysia Camp Rock disiarkan di Disney Channel Malaysia (saluran Astro 615) di samping versi bahasa Inggeris mulai tayangan perdana pada 7 September 2008. Seperti yang dilakukan terhadap High School Musical dan juga susulannya pada tahun 2007, bintang-bintang Akademi Fantasia diundang untuk meminjamkan suara mereka kepada watak-watak utama Camp Rock.[2]
Watak | Pelakon suara | |
---|---|---|
Inggeris | Malaysia | |
Mitchie Torres | Demi Lovato | Amylea Azizan |
Shane Gray | Joe Jonas | Mohammad Idris Mohd Zazizi |
Theresa "Tess" Tyler | Meaghan Jette Martin | Farah Diana Anuar |
Caitlyn Gellar | Alyson Stoner | |
Ella Pador | Anna Maria Perez de Taglé | |
Margaret "Peggy" Dupree | Jasmine Richards | |
Connie Torres | Maria Canals Barrera | |
Barron James | Jordan Francis | |
Sander Loyer | Roshon Fegan | |
Lola Scott | Aaryn Doyle | |
Brown Cessario | Daniel Fathers | |
Nathaniel "Nate" Gray | Nick Jonas | Mohd Shawal Ruslan |
Jason Gray | Kevin Jonas | Adifashla Juraimi |
Lagu tema Camp Rock versi Malaysia, bertajuk SiapaKu, dinyanyikan oleh Suki Low juara musim pertama One in a Million.[3]