BTS | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai |
|
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | K-pop, Hip hop, R&B, Tarian, EDM |
Tahun aktif | 2013–kini |
Syarikat rakaman |
|
Laman sesawang | bts bts-official |
Ahli | Jin Suga J-Hope RM Jimin V Jungkook Namjoon - Ketua |
BTS | |
---|---|
Hangul | 방탄소년단 |
Hanja | 防彈少年團 |
Perumian Semakan | Bangtansonyeondan |
McCune–Reischauer | Bangt'ansonyǒndan |
BTS (Hangul: 방탄소년단 ; Hanja: 防彈少年團 ; RR: Bangtan Sonyeondan, "Pemuda Kalis Peluru") juga dikenali sebagai Bangtan Boys, ialah kumpulan vokal lelaki Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Hybe Corporation. Nama kumpulan ini ialah singkatan bagi Beyond The Scene dan mula diguna pakai pada Julai 2017. Pada 12 Jun 2013, mereka menyampaikan lagu pertama mereka berjudul "No More Dream" dari album awal mereka iaitu 2 Cool 4 Skool[1] yang mempromosikan penampilan sulung mereka pada 13 Jun 2013.[2] Mereka memenangi anugerah New Artist of the Year meneruai lagu "No More Dream", termasuk di Anugerah Muzik Melon dan Golden Disc Awards 2013 dan Anugerah Seoul 2014. Mereka menarik perhatian dengan album Dark & Wild (2014), The Most Beautiful Moment in Life, Part 2 (2015) dan The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever (2016), dengan dua album terakhir ini memasuki carta Billboard 200 AS.[3] The Most Beautiful Moment in Life: Young Forever memenangi anugerah Album of the Year di Melon Music Awards 2016.[4] Sehingga sekarang, BTS dikenali di seluruh dunia.
Nama kumpulan ini hasil singkatan dari ungkapan bahasa Korea Bangtan Sonyeondan (Hangul: 방탄소년단 ; Hanja: 防彈少年團 ), secara harfiah bermaksud "Pemuda Pandu Kalis Peluru" (Bulletproof Boy Scouts). Nama itu dipilih dengan pemikiran bahawa imej diaturkan kumpulan BTS akan menyekat stereotaip, kritikan, dan harapan yang mensasarkan remaja seperti peluru dan melindungi nilai-nilai dan cita-cita remaja pada masa ini.[5] Di Jepang, mereka dikenal sebagai Bōdan Shōnendan (Jepun: 防弾少年団), yang diterjemahkan sama.[6] Pada Julai 2017, BTS ditambahkan sebagai tambahan dari Bangtan Sonyeondan atau Bulletproof Boy Scouts, nama ini juga merupakan singkatan dari "Beyond the Scene" sebagai sebahagian daripada identiti baru mereka.[7] Tambahan nama mereka bermaksud "BTS merupakan orang muda yang berkembang yang melampaui realiti yang mereka hadapi, dan maju."[8]
Nama ahli | Pengenalan ringkas |
---|---|
RM (알엠) |
|
Jin (진) |
|
Suga (슈가) |
|
J-Hope (제이홉) |
|
Jimin (지민) |
|
V (뷔) |
|
Jungkook (정국) |
|
Rencana utama: Diskografi BTS |
Diskografi Korea[sunting | sunting sumber]
|
Diskografi Jepun[sunting | sunting sumber]
|
Rancangan realiti
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan BTS |