TWS[a] ialah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan, yang terdiri daripada enam orang anggota. Dibentuk pada tahun 2024 oleh syarikat rakaman Pledis Entertainment, muzik kumpulan ini dilabelkan sebagai "pop jejaka", yang menggambarkan kehidupan harian seorang jejaka. Kumpulan muzik ini memulakan penampilan sulung mereka pada 22 Januari 2024 melalui album mini, Sparkling Blue.
Pada 7 November 2023, agensi Pledis Entertainment mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan kumpulan lelaki baharu pada suku pertama 2024.[3] Anggota kumpulan itu pertama kali diumumkan oleh ahli kumpulan muzik Seventeen, Hoshi semasa acara SVT Caratland pada tahun 2023.[4][5] Pada 21 Disember tahun yang sama, nama kumpulan–TWS–telah didedahkan. Pihak agensi menjelaskan bawa nama tersebut diperoleh daripada slogan twenty-four-seven with us (dua puluh empat tujuh bersama kami), mencerminkan iltizam kumpulan untuk mengekalkan hubungan yang bertahan dengan peminat mereka.[6] Pada 3 Januari 2024, jenama tali jam tangan TWMStrap menuduh kumpulan tersebut menciplak logo mereka dan mengumumkan niat untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap agensi.[7]
Penerbit dan ketua pegawai eksekutif Pledis Entertainment, Han Sung-soom menerajui penerbitan album mini pertama Sparkling Blue, yang diluncurkan pada 22 Januari 2024,[8][9] setelah melancarkan single "Oh MyMy:7s".[10][11] Dengan matlamat untuk mengasaskan "pop jejaka", album tersebut mengandungi single "Pertemuan Tidak Berjalan Seperti Dirancang" (tajuk asal: 만남은 계획대로 되지 않아), yang membincangkan "keterujaan pertemuan kali pertama".[12]
TWS terdiri daripada enam orang anggota, di mana salah seorang daripada mereka merupakan warganegara China dan selebihnya merupakan warga Korea Selatan.
Nama
Pengenalan ringkas
Pentas
Penuh
Shinyu
Shin Jung-hwan (신정환 · 申晶㬊)
Tarikh lahir: (2003-11-07) 7 November 2003 (umur 20)
^Kim, Jin-seok (7 November 2023). "[단독]9년만... 플레디스, '세븐틴 동생' 내년 1월 데뷔" [[Eksklusif] 9 tahun... Pledis, 'adik Seventeen' debut pada Januari tahun depan] (dalam bahasa Korea). JTBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2023. Dicapai pada 16 Februari 2024 – melalui Naver.