Para penyunting Wikipedia menyumbang banyak prosa cemerlang, akan tetapi kadang kala mereka juga menyumbang prosa yang nyata karut atau rapu . Penulisan jenis ini terjatuh ke dalam dua kategori:

  1. Karut total, iaitu, teks atau aksara rawak yang tidak mempunyai makna langsung, seperti tulisan dalam teks lorem ipsum. Ini termasuklah rentetan aksara yang dicipta dengan menekan kekunci secara rambang ataupun menjatuhkan sesuatu ke atas papan kekunci.
  2. Kandungan yang, mahupun dimaksudkan agar mengandungi makna, sangat keliru sehinggakan tidak ada sesiapa yang dapat memahami maknanya. Sekiranya makna teks tidak dapat dikenal pasti, maka ia tidak akan dapat disunting kopi.

Jangan dikelirukan dengan...[sunting sumber]

Penulisan jenis berikut tidak seharusnya dihapuskan sebagai rapu nyata, walaupun sebahagian daripadanya mungkin menepati kriteria bagi penghapusan segera. Ada cara lain bagi menangani perkara-perkara sebegini. Lihat polisi penghapusan laman.

Cara menangani karut nyata[sunting sumber]

Ada beberapa cara bagi menangani karut total—gunakan budi bicara dan kebijaksanaan anda bagi memutuskan tindakan terbaik:

Beri amaran kepada penyunting yang memasukkan teks karut nyata dengan menggunakan templat-templat khusus, contohnya ((ujian)), ((ujian2)) dan seterusnya. Laporkan perbuatan menulis karut ini kepada para penyelia. Walau bagaimanpun, harus diingat bahawa penulisan rapu itu mungkin hanya ujian dan jangan hentam pengguna baru dengan memanggil mereka "vandal" atau "pelaku musnah". Dalam kes ini, beri mereka amaran dan sedikit nasihat.


Polisi berkaitan[sunting sumber]