Apa yang dimaksudkan tentang Wikipedia:Kegunaan adil, Wikipedia:Kegunaan wajar dan Wikipedia:Kandungan tidak bebas adalah perkara yang serupa, silalah baca perihal yang disediakan dibawah untuk maklumat lanjut.
Di bawah hak cipta Amerika Syarikat, hampir kesemua karya yang diterbitkan selepas tahun 1922 mungkin mempunyai hak cipta (bagaimanapun, terdapatnya kekecualian — untuk maklumat lanjut, sila lihat: Hak cipta Amerika Syarikat). Secara amnya, penggunaan karya-karya yang mempunyai hak cipta tanpa kebenaran daripada pemilik hak cipta merupakan pelanggaran hak cipta, dan adalah salah di sisi undang-undang. Oleh sebab itu, di Wikipedia yang diasaskan di Amerika Syarikat, mereka cuma boleh menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai hak cipta ataupun yang mempunyai lesen yang cukup bebas.
Bagaimanapun, oleh sebab kebanyakan pengguna dan penyumbang Wikipedia Bahasa Melayu adalah bermastautin dan berwarganegara Malaysia, undang-undang berkenaan pelanggaran hak cipta di Malaysia juga digunakan di Wikipedia ini. Undang-undang utama yang melindungi hak cipta di Malaysia adalah Akta Hakcipta 1987. Di bawah Akta ini, perlindungan automatik diberikan kepada karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dengan syarat pemenuhan tiga syarat, iaitu usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli, karya tersebut tertulis atau direkod, dan penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dibuat di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia.
Meskipun begini, satu pengecualian utama telah diiktiraf oleh sebuah fasal dalam Akta ini di bawah peruntukan Seksyen 9(4) dan Seksyen 13(2). Ia mengatakan bahawa terdapat hak terhad untuk kegunaan bahan-bahan hak cipta tanpa kebenaran pemilik — apa yang dikenali sebagai kegunaan wajar (ataupun "perlakuan adil" ("fair dealing") di negara-negara lain yang mana peraturan-peraturannya mungkin berbeza-beza). Halaman ini bertujuan untuk memberi garis panduan untuk mengendalikan bahan-bahan dalam Wikipedia Bahasa Melayu — ia memberikan panduan am mengenai apa yang mungkin dan apa yang tidak mungkin merupukan kegunaan adil, serta bagaimana anda dapat membantu penyunting-penyunting sewaktu mencuba memasukkan bahan-bahan di bawah kegunaan adil. Bagaimanapun, panduan ini tidak merupakan polisi rasmi. Anda, sebagai pemuat naik, adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa sumbangan anda adalah sah di sisi undang-undang.
Jika anda menggunakan sebahagian karya yang mempunyai hak cipta di bawah kegunaan wajar, anda harus mencatatkan pengakuan, bersama-sama dengan nama-nama dan tarikh-tarikhnya. Adalah matlamat kami untuk dapat menyebarkan semula dengan bebas seberapa bahan-bahan Wikipedia yang dapat. Oleh sebab itu, fail-fail imej dan bunyi asli yang diperlesenkan di bawah GFDL atau yang berada di domain awam adalah lebih disukai berbanding fail-fail media berhak cipta yang digunakan di bawah kegunaan adil. Sila lihat: Wikipedia:Contoh permohonan izin untuk borang permintaan kebenaran daripada pemilik hak cipta untuk menggunakan karya mereka di bawah syarat GFDL. Jangan sekali-kali menggunakan bahan-bahan yang melanggari hak cipta orang lain. Ini boleh menyebabkan kesalahan di sisi undang-undang dan menjejaskan projek ini secara hebat. Jika anda berasa ragu-ragu, tulislah rencana sendiri.
Perhatikan bahawa undang-undang hak cipta adalah berkenaan dengan penyataan kreatif untuk idea-idea, dan tidak kena mengena dengan idea-idea itu ataupun maklumat-maklumatnya. Oleh sebab itu, adalah sah jika anda membaca sebuah rencana ensiklopedia atau karya yang lain, menulisnya semula dalam perkataaan sendiri, dan menyerahkan rencana anda kepada Wikipedia. (Sila lihat: cetak rompak dan kegunaan wajar untuk perbincangan mengenai berapa banyaknya penulisan semula diperlukan dalam konteks am.)
Disertakan daripada Wikipedia:Kriteria kandungan tidak bebas; laman tersebut merupakan sebahagian daripada dasar rasmi.
Tidak ada kelayakan automatik untuk menggunakan kandungan tidak bebas dalam rencana atau tempat lain di Wikipedia. Rencana dan laman Wikipedia lain boleh, menurut garis panduan, menggunakan petikan teks kata demi kata pendek daripada media berhakcipta, mengakui dengan betul atau menyebut sumber atau penulis asalnya, dan menunjukkan dengan khusus bahawa ia adalah petikan langsung melalui tanda petikan, <blockquote>, atau kaedah serupa. Kandungan tidak bebas lain—termasuk semua imej, audio dan klip video berhakcipta, dan fail media lain yang tidak memiliki lesen kandungan bebas—boleh digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu cuma di mana semua 10 kriteria berikut dipenuhi.
Kriteria penghapusan kandungan tidak bebas ditentukan dalam Wikipedia:Kriteria penghapusan segera.
Bahagian ini menyenaraikan beberapa kategori penggunaan bahan-bahan berhak cipta tanpa lesen yang biasanya diterima sebagai digunakan secara wajar dalam Wikipedia Bahasa Melayu jika dilakukan secara jujur dan mematuhi Dasar dan Undang-undang di bawah. Bahan-bahan yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori di bawah tidak semestinya diterima sebagai kegunaan wajar, bergantung pada what the material is dan how it is used. Jika anda mahu pertolongan untuk menentukan kegunaan wajar sesuatu bahan, sila tanya di Wikipedia:Soalan hakcipta media atau Wikipedia:Kedai Kopi (dasar). Di sinilah sesiapa yang memahami undang-undang hak cipta pasti menjawab soalan anda.
Secara amnya, empat faktor harus dipertimbangkan:
Secara ringkas, ini menunjukkan bahawa:
Sedutan yang ringkas dan ditentu puncanya (attributed) dari teks berhak cipta, dan digunakan untuk menerangkan hujah, menentukan konteks, atau menyatakan punca pandangan atau buah fikiran boleh digunakan di bawah kegunaan wajar. Teks mesti digunakan kata demi kata: apa-apa perubahan mesti jelas ditandai sebagai elipsis ([...]) atau sisipan ([sisipan]) atau perubahan penekanan (penekanan ditambah). Semua teks berhak cipta mesti dinyatakan puncanya.
Pada amnya, sedutan bahan berita berhak cipta yang berlebihan (seperti akhbar dan perkhidmatan wayar), skrip filem, atau mana-mana teks berhak cipta bukan kegunaan wajar dan dilarang oleh dasar Wikipedia.
Sedutan lagu yang singkat boleh digunakan untuk membuat pengenalpastianan gaya muzik, pemuzik atau karya muzik yang terkemuka asalkan disertakan dengan komentar kritis atau bersejarah apabila dinyatakan pemegang hak cipta sebagai puncanya.
Sedutan audio ucapan peristiwa bersejarah, seperti ucapan tokoh umum, boleh digunakan apabila diiringi oleh komentar kritis atau bersejarah dan apabila dinyatakan pengucapnya sebagai punca.
Sedutan audio pembacaan rencana Wikipedia yang menerapkan teks berhak cipta boleh menimbulkan masalah undang-undang (kerana hasil fail audio itu tidak boleh mendapat GFDL) dan haruslah dielakkan.
Terdapat beberapa kategori menyeluruh tentang imej berhak cipta yang umumnya diluluskan penggunaan dalam Wikipedia sebagai kegunaan wajar apabila dilakukan secara jujur. Ini termasuk:
Melabelkan imeh sebagai kegunaan wajar boleh dilakukan dengan tag hak cipta kegunaan wajar. Jika anda menemui fail yang kelihatan berkegunaan wajar, anda boleh membubuh tag yang berpadan dengan jensi bahan dalam laman penerangannya: Wikipedia:Tag hak cipta fail/Kegunaan wajar
Sila nyatakan juga sumber dari mana imej itu dihasilkan semula. Ingat: kegunaan wajar ini tiada "hukum am", setiap kegunaan wajar mesti dijelaskan dan rasional mesti ditetapkan untuk kegunaan itu (dalam erti kata lain, setiap halaman yang menggunakan imej itu akan mendapat rasional yang berbeza untuk menggunakan imej itu dalam halaman itu walaupun kegunaan wajar dituntut dalam laman imej).
Akta Hakcipta 1987 Malaysia meletakkan syarat-syarat berikut berkenaan kegunaan adil:
Bahasa Melayu
Seksyen 9 (4):
Pengeluaran semula susunan tipografi suatu edisi yang diterbitkan bagi maksud-maksud penyelidikan, pengajian sendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan peristiwa-peristiwa semasa tidak melanggar hakcipta yang wujud menurut kuasa seksyen ini jika pengeluaran semula itu bersesuaian dengan urusan yang wajar: Dengan syarat bahawa jika pengeluaran semula itu diumumkan kepada awam is hendaklah disertai dengan satu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu dimasukkan secara sampingan dalam sesuatu siaran.
Seksyen 13 (2):
Walau apa pun subseksyen (1), hak mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal
(a) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara urusan yang wajar bagi maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan peristiwaperistiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, is hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu yang berkaitan dengan perlakuan apa-apa perbuatan bagi maksud maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian dan pelaporan peristiwa-peristiwa semasa dengan cara sesuatu rakaman bunyi, filem atau siaran;
(b) perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara parodi, pastice, atau karikatur;
(c) kemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;
(d) pengeluaran semula dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;
(e) kemasukan secara sampingan sesuatu karya dalam sesuatu karya seni, rakaman bunyi, filem atau siaran;
(f) kemasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada swam, koleksi karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem, jika kemasukan sedemikian dibuat secara ilustrasi bagi maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar: Dengan syarat bahawa sumbernya dan nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan itu disebut;
Dengan syarat bahawa suatu salinan reprografik sesuatu karya muzik tidaklah boleh dibuat bagi penggunaan seseorang calon peperiksaan dalam mempertunjukkan karya itu;
(g) rakaman yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi pelajaran mengenai sesuatu karya yang dimasukkan dalam sesuatu siaran untuk digunakan bagi sekolah, universiti atau institusi pendidikan itu;
(h) pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam atau dalam sesuatu siaran akan apa-apa cabutan yang munasabah dari karya sastera yang sudah diterbitkan jika disertai dengan perakuan yang mencukupi;
(i) apa-apa penggunaan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh Arkib Negara atau manamana Arkib Negeri, oleh Perpustakaan Negara atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau oleh manamana perpustakaan awam dan institusi pendidikan, sains dan profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, jika penggunaan sedemikian adalah untuk kepentingan awam dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan; dan
English (unofficial translation; terjemahan tak rasmi)
Section 9 (4):
Reproduction of typographical order of an edition published for the purposes of research, study, criticism, commentary or reporting of current events does not infringe the copyright existing under this section's authority if such reproduction is appropriate for fair dealing: Provided that if the production it is announced to the public that it must be accompanied by a declaration of the title of the work and its creation, unless the work is incidentally included in a broadcast.
Section 13 (2):
Notwithstanding subsection (1), the right to control under that subsection does not include the right to control
(a) the conduct of any act referred to in subsection (1) in a fair manner for the purposes of non-profit research, self-study, criticism, review or reporting of current events, subject to the condition that if such use is of public use, it is shall be accompanied by a certificate of title of the work and its creation, unless the work is related to the conduct of any act for the purpose of non-profit research, self-study and reporting of current events by means of a sound recording, film or broadcast;
(b) the conduct of any act referred to in subsection (1) by parody, pastice, or caricature;
(c) the inclusion in a film or broadcast of any artwork located in a place where the work is publicly visible;
(d) reproduction and distribution of copies of any artwork permanently located in a place where the work is publicly visible;
(e) incidental entry of a work in an artwork, sound recording, film or broadcast;
(f) the inclusion of a work in a swam broadcast, show, show or game, literary or musical collection, sound or film recording, where such an entry is illustrated for the purpose of teaching and in accordance with proper practice: Provided that the source and the name of the creator found in the work used is called;
Provided that a reprographic copy of a musical work may not be made for the use of an examination candidate in performing the work;
(g) recordings made at a school, university or educational institution concerning a work included in a broadcast for use in that school, university or educational institution;
(h) a reading or utterance by a person publicly or in a broadcast of any reasonable extract of a published literary work if accompanied by sufficient certification;
(i) any use of a work with or under the direction or control of the Government, by the National Archives or any State Archives, by the National Library or any State library, or by any public library and educational, scientific and professional library as may be prescribed by the Minister by order, where such use is in the public interest and in accordance with the proper practice and provision of any regulation; and
Di Wikipedia, bahan yang dihakcipta boleh digunakan dibawah peruntukan kegunaan adil hanya apabila kami percaya dengan yakin bahawa penggunaannya akan dinilai sebagai wajar sekiranya kami dibawa ke mahkamah. Di mana mungkin, bahan "bebas" seharusnya digunakan berbanding kegunaan adil untuk mengelakkan kompromi terhadap tujuan mewujudkan ensiklopedia bebas dan pendedahan terhadap undang-undang yang keterlaluan.
Garis-garis panduan di atas berkenaan dengan edisi bahasa Melayu Wikipedia, di http://ms.wikipedia.org. Projek-projek Wikimedia yang lain, termasuk Wikipedia dalam bahasa lain, mungkin mengamalkan dasar berbeza berkenaan kegunaan wajar.