Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Vikuna" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (September 2023) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Wikunya
Wikunya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Camelidae
Tribus:
Lamini
Genus:
Vicugna
Spesies:
V. vicugna
Nama binomial
Vicugna vicugna
(Molina, 1782)

Wikunya (Quechua: wik'uña, Sepanyol: vicuña[1]) atau nama saintifik ia Vicugna vicugna merupakan salah satu daripada dua haiwan jenis unta yang wujud bersama guanako di Banjaran Andes merentasi Amerika Selatan. Spesies ini merupakan saudara llama, dan sekarang dipercayai sebagai nenek moyang liar kepada alpaka.

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Vikuna hidup khususnya di Amerika Selatan, terutamanya di tengah kawasan pergunungan Andes. Haiwan ini boleh ditemui secara semulajadinya di Peru (juga sebagai haiwan kebangsaan negara tersebut), barat laut Argentina, Bolivia (negara yang mempunyai populasi terbanyak) serta utara Chile. Terdapat juga sebuah populasi kecil vikuna yang diperkenalkan di tengah Ecuador.

Haiwan ini hidup di kawasan beraltitud 3200 hingga 4800 meter dari paras laut. Mereka memakan rumput di lapangan pergunungan Andes pada waktu siang dan bermalam di landaian gunung-gunung tersebut. Sinaran matahari dapat melepasi atmosfera nipis habitat vikuna pada waktu siang tetapi cuaca di persekitaran ini boleh menjadi sejuk yang melampau pada waktu malam; bulu lebatnya yang lembut yang memerangkap udara panas pada badan ia adalah suatu cara haiwan ini dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian.

Tabiat

[sunting | sunting sumber]

Vikuna bersifat pemalu dan sering mengelakkan diri daripada penceroboh, disebabkan oleh pendengarannya yang tajam.

Ia hidup berkumpulan di mana satu kawanan itu boleh terdiri daripada seekor jantan, 5 hingga 15 ekor betina serta anak-anak mereka. Setiap kawanan vikuna mempunyai kawasan yang tersendiri meliputi sebanyak 18 km persegi maksimumnya, bergantung kepada ketersediaan makanan yang ada.

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "vicuña". Diccionario de la lengua española. Real Academia Española. Dicapai pada Sep 26, 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]