Yang Berhormat Mulia

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
東姑祖爾普里沙拉賈普吉

AP
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Tras
Memegang jawatan
29 Disember 2022
Didahului olehChow Yu Hui
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Raub, Pahang
Dalam jawatan
10 Mei 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
Digantikan olehChow Yu Hui
Timbalan Menteri
Air, Tanah dan Sumber Asli
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Menteri Xavier Jayakumar Arulanandam
Didahului oleh James Dawos Mamit
Digantikan olehYang Berhormat Tuan Ali Anak Biju
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Mentakab
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehChuah Boon Seong
Digantikan olehWoo Chee Wan
Butiran peribadi
LahirTengku Zulpuri Shah bin Tengku Puji
(1964-07-15) 15 Julai 1964 (umur 59)
Parti politik PH-DAP
PasanganRashidah Ab Rahim[1]
BapaTengku Puji Tengku Abdul Hamid
PekerjaanAhli politik

YBM Tengku Zulpuri Shah Raja Puji adalah Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang dilantik pada 2 Julai 2018.[2] Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Raub.[3]

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, merupakan anak kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Tengku Zulpuri merupakan seorang ahli perniagaan dan juga merupakan AJK DAP Pahang,Timbalan Pengerusi DAP Raub dan Ahli Parlimen Raub. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada tahun 2009.[4]

Bekas Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji merupakan Ahli Parlimen Raub Pahang selama sepenggal.

Beliau merupakan Naib Pengerusi DAP Pahang merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Pusat.

Bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang Selangor selama empat tahun pernah menyandang ADUN Mentakab selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tengku Zulpuri menjadi ahli DAP pada tahun 2000, kemudian dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pahang pada 2008.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah bekerja dengan sebuah syarikat Jepun di Kawasan Zon Perdagangan Bebas P1 Selangor.

Dalam penglibatan badan bukan berkanun, beliau pernah dilantik Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia pada 2008 hingga 2009.

Semasa PRU14, Tengku Zulpuri daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 20,659 undian ketika menentang Chew Mei Fun daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 17,500 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,159.

Kerjaya:

Jawatan disandang dalam politik:

Penglibatan dalam Badan Bukan Berkanun:

Pendidikan:

Keputusan pilihan raya

Rujukan

Pautan luar

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Facebook