Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Tawaf" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Oktober 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)


Pelan pelaksanaan Tawaf menurut Islam

Tawaf (Arab: طَوَاف, rumi: ṭawāf, terbitan bentuk ism kata kerja طاَفَṭāfa "mengelilingi")[1] adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram Mekah.

Syarat Tawaf

  1. Suci daripada hadas.
  2. Suci daripada najis pada badan dan pakaian.
  3. Menutup aurat.
  4. Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu. Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf.
  5. Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan.
  6. Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ).
  7. Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.


Sunat Tawaf

Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan semasa bertawaf:


Istilam -
  • Mengucup Hajar Aswad atau menyentuhnya dengan tangan.
  • Jika tidak mampu, memadai dengan isyarat atau melambai dengan tangan.
  • Lebih elok dilakukan setiap pusingan jika mampu.
Ittibak -
  • Meletakkan pertengahan kain selendang/ihram di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas kiri dengan menjadikan bahu kanan terbuka bagi lelaki.

Jenis Tawaf

Jamaah haji tawaf mengelilingi Kaabah

Rujukan

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 234–235. ISBN 967-65-7321-3.