Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur dan Segala Jajahan Takluknya
كبوه دولي يڠ مها مليا سلطان دان راج ڤمرينته نڬري ڤهڠ دارول معمور دان سڬالا ججاهن تعلوقڽ
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
sejak 11 Januari 2019
dimasyhurkan 15 Januari 2019
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Tengku Mahkota Pahang

(Pewaris Takhta Pertama Kesultanan Pahang Darul Makmur)

Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Tengku Arif Bendahara Pahang

(Pewaris Takhta Kedua Kesultanan Pahang Darul Makmur)
Raja pertamaSultan Muhammad Muayat Shah I Ibni Sultan Mansur Riayat Shah I.

Sultan Pahang Lama Pertama (Dinasti Kesultanan Melaka).

Tun Sayyid Abdul Majid bin Tun Sayyid Hasan Al-Aydrus

Raja Bendahara Pahang Pertama (Dinasti Bendahara Johor) atau (Dinasti Raja Bendahara Pahang).

Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Raja Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Wan Ali Al-Aydrus

Sultan Pahang Modem Pertama (Dinasti Raja Bendahara Pahang) atau (Dinasti Kesultanan Pahang Moden).
Pembentukan1470; 554 tahun yang lalu (1470)
PersemayamanIstana Abu Bakar, Pekan
Laman sesawangwww.dirajapahang.my

Kesultanan Negeri Pahang Darul Makmur adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.

Sejarah kesultanan Pahang

Pengasas

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Perebutan kuasa

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Serangan Acheh

Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.

Di bawah pemerintahan Johor

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Pemerintahan sendiri

Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.

Senarai (Sultan Pahang Lama) Dan (Raja Bendahara Pahang Dan Sultan Pahang Modem)

Sultan Pahang Lama

(Dinasti Kesultanan Melaka)

  1. 1470–1475:Sultan Muhammad Muayat Shah I[2][3] (Sultan Pahang Lama Pertama)
  2. mac – ogos 1475:Sultan Abdul Jamal Shah I (Sultan Pahang Lama Ke-2)
  3. 1475–1497:Sultan Ahmadd Muayat Shah I (Sultan Pahang Lama Ke-3)
  4. 1497–1519:Sultan Mansur Muayat Shah I (Sultan Pahang Lama Ke-4)
  5. 1519–1530:Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang Lama Ke-5)
  6. 1530–1542: Sultan Muzaffar Muayat Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Muayat Shah (Sultan Pahang Lama Ke-6)
  7. 1540–1555: Sultan Zainal Abidin Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Muayat Shah (Sultan Pahang Lama Ke-7)
  8. 1555–1560: Sultan Mansur Muayat Shah II Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Sultan Pahang Lama Ke-8)
  9. 1560–1575: Sultan Abdul Jamal Shah II Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Sultan Pahang Lama Ke-9)
  10. 1575–1590: Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Sultan Pahang Lama Ke-10)
  11. 1590–1592: Sultan Ahmad Muayat Shah II (Sultan Pahang Lama Ke-11)
  12. 1592–1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah (Sultan Pahang Lama Ke-12)
  13. 1614–1615:Sultan Alauddin Riayat Shah(Sultan Pahang Lama Ke-13)
  14. 1615–1617:Raja Bujang [4] (Sultan Pahang Lama Ke-14)
  15. 1641–1676:Raja Bajau (Putera Sultan Abdullah Ma’ayat Shah II @ Putera Raja Bongsu , Sultan Johor ke-6) [5] (Sultan Pahang Lama Ke-15)
  16. 1676–1688:Sultan Ibrahim Shah I (Sultan Johor ke-8) (Raja Ibrahim @ Putera Raja Bajau) (Sultan Pahang Lama Ke-16 dan yang Terakhir)

[5]

Bendahara Johor Lama Dan Raja Bendahara Pahang Dan Sultan Pahang Modem

(Dinasti Bendahara Johor Lama Dan Dinasti Raja Bendahara Pahang)

  1. 1688–1697:Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habab Abdul Majid bin Tun Muhammad Ali (Bendahara Johor Lama ke-19)
  2. 1697–1699:Tun Abdul Jalil @ Sultan Abdul Jalil IV bin Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Johor Lama ke-20)
  3. 1699–1708:Tun Mas Anom bin Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Johor Lama ke-21)
  4. 1708–1716:Tun Abdullah bin Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Johor Lama ke-22)
  5. 1718–1721:Tun Abdul Djamal bin Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Johor Lama ke-23)
  6. 1722–1724:Tun Abbas ibni Sultan Abdul Jalil IV @ Tun Abdul Jalil (Bendahara Johor Lama ke-24)
  7. 1724–1734:Tun Husain ibni Sultan Abdul Jalil IV @ Tun Abdul Jalil (Bendahara Johor Lama ke-25)
  8. 1734–1748:Tun Mutahir I ibni Sultan Abdul Jalil IV @ Tun Abdul Jalil (Bendahara Johor Lama ke-26)
  9. 1748–1777:Tun Hasan bin Tun Abbas (Bendahara Johor Lama ke-27 dan yang Terakhir)
  10. 1777–1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan (Raja Bendahara Pahang Pertama)
  11. 1802–1803:Tun Muhammad bin Tun Abdul Majid (Raja Bendahara Pahang Ke-2)
  12. 1803–1806:Tun Koris bin Tun Abdul Majid (Raja Bendahara Pahang Ke-3)
  13. 1806–1847:Tun Wan Ali bin Tun Koris (Raja Bendahara Pahang Ke-4)
  14. 1847–1863:Tun Wan Mutahir bin Tun Wan Ali (Raja Bendahara Pahang Ke-5 dan yang Terakhir)
  15. 1863–1881:Tun Wan Ahmad ibni Tun Wan Ali (Permasyhuran ke-1 kemudian Baginda menggunakan gelaran Sultan) (Sultan Pahang Modern Pertama)
  1. 16 Ogos 1881 – 13 April 1909:Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Tun Wan Ali (Permasyhuran ke-2) (Sultan Pahang Modern Pertama) [6]
  2. 13 April 1909 – 11 Jun 1917:Sultan Mahmud Shah[6] (Sultan Pahang Modern Ke-2)
  3. 11 Jun 1917 – 22 Jun 1932:Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah[6](Sultan Pahang Modern Ke-3)
  4. 22 Jun 1932 – 7 Mei 1974 : Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah[6](Sultan Pahang Modern Ke-4)
  5. 7 Mei 1974 – 11 Januari 2019 : Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah[6](Sultan Pahang Modern Ke-5)
  6. 11 Januari 2019 – kini : Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah[7] (Sultan Pahang Modern Ke-6)

Rujukan

Nota kaki

  1. ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. Dicapai pada 7 Februari 2010.
  2. ^ Aruna Gopinath, 1991, m/s 12
  3. ^ "Sejarah Kesultanan Pahang". Marhum Bugis Syah. Tengkusyah. 2011. Dicapai pada 28 Julai 2012.
  4. ^ Aruna Gopinath, 1991, m/s 16
  5. ^ a b Aruna Gopinath, 1991, m/s 17
  6. ^ a b c d e "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. Dicapai pada 6 Februari 2010.
  7. ^ Israr Khalid (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Jan". Astro Awani. Dicapai pada 12 Januari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar