Revolusi Xinhai
TarikhDari 10 Oktober 19111 Januari 1912, penubuhan Kerajaan Sementara.
Lokasi
Keputusan Kemenangan Parti Revolusi China; penubuhan Kerajaan Sementara Republik China
Pihak yang terlibat
 Dinasti Qing Perikatan Revolusi China
Komandan dan pemimpin
Feng Guozhang,
Yuan Shikai,
dan gabenor setempat Qing.
Li Yuanhong,
Huang Hsing,
Sun Yat-sen
Kekuatan
200,000 100,000
Kerugian dan korban
tidak diketahui ~50,000

Revolusi 1911 atau Revolusi Xinhai (Bahasa Cina: 辛亥革命; pinyin: Xīnhài Gémìng) bermula dengan Pemberontakan Wuchang pada 10 Oktober 1911 dan berakhir dengan penurunan Maharaja Puyi dari takhta pada 12 Februari 1912. Konflik ini menyasksikan pertarungan antara Angkatan Diraja Dinasti Qing, dan angkatan Perikatan Revolusi (Tongmenghui). Revolusi ini bernama Xinhai kerana tahun 1911 ialah Tahun Xinhai dalam kitaran 60 tahun dalam kalendar Cina.

Hasil segera revolusi ini bukanlah sebentuk kerajaan republik. Kerajaan pusat sementara yang didirikan agak lemah dan negara masih berpecah-belah secara politik. Pemerintahan beraja dipulihkan dan digulingkan semula sebanyak dua kali, dan terdapat juga tempoh pemerintahan tentera.

Pada hari ini, Revolusi Xinhai diperingati di Taiwan sebagai Hari Sepuluh Ganda (Bahasa Cina: 雙十節). Di tanah besar China, Hong Kong dan Macau hari yang sama ini biasanya disambut sebagai Ulang Tahun Revolusi Xinhai. Ramai orang Cina seberang laut juga menyambut ulang tahun ini, sama ada sebagai "Hari Sepuluh Ganda" atau "Ulang Tahun Revolusi Xinhai", dan acara-acara sedemikian biasanya diadakan di Chinatown seluruh dunia.

Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain.

Rujukan

Sumber primer

Sumber sekunder

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina