Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah ﷺ telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah ﷺ telah diisra'kan dari Masjid al-Haram di Makkah (Arab Saudi) ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis (Palestin) menunggang Buraq.
Bulan ini juga merupakan bulan-bulan permulaan kepada bulan Ramadhan, yang berikutan selepas bulan Syaaban. Apabila baginda ﷺ melihat anak bulan Rejab, baginda akan berdoa kepada Allah seperti yang berikut:
اللّهمّ بارك لنا في رجب و شعبان وبلّغنا رمضان
Allāhumma bārik lanā fī rajaba wa shaʻbāna wa balligh-nā ramaḍāna
"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah (panjangkan umur) kami kepada Ramadhan."
Bulan-bulan dalam Takwim Hijrah |
---|
Muharam | Safar | Rabiulawal | Rabiulakhir | Jamadilawal | Jamadilakhir | Rejab | Syaaban | Ramadan | Syawal | Zulkaedah | Zulhijah |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.