![]() Pluto | |||||||||
Penemuan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ditemui oleh | Clyde W. Tombaugh | ||||||||
Tarikh penemuan | 18 Februari 1930 | ||||||||
Designasi | |||||||||
Designasi planet minor | 134340 Pluto | ||||||||
Sebutan | /ˈpluːtoʊ/ (![]() | ||||||||
Dinamakan sempena | Pluto | ||||||||
Kategori planet minor |
| ||||||||
Adjektif | Plutonian | ||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||
Epok J2000 | |||||||||
Afelion |
| ||||||||
Perihelion |
| ||||||||
Paksi semimajor |
| ||||||||
Kesipian | 671664 (J2000) 0.244 0.248 807 66 (min)[1] | ||||||||
Tempoh orbit | |||||||||
Tempoh qamari | 366.73 hari[1] | ||||||||
Kelajuan purata orbit | 4.7 km/s[1] | ||||||||
Min anomali | 12204° 14.860[4] | ||||||||
Kecondongan |
| ||||||||
Longitud nod menaik | 83° 110.286 | ||||||||
Argumen perihelion | 49° 113.763 | ||||||||
Satelit | 5 | ||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||
Min jejari | |||||||||
Luas permukaan |
| ||||||||
Isi padu |
| ||||||||
Jisim | |||||||||
Min ketumpatan | ±0.06 g/cm3 2.03[7] | ||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | |||||||||
Halaju lepas | 1.229 km/s[d] | ||||||||
Tempoh putaran ikut bintang |
| ||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 47.18 km/h | ||||||||
Kecondongan paksi | ±0.014° (pada orbit) 119.591°[7][e] | ||||||||
Jarak hamal kutub utara | 312.993°[8] | ||||||||
Keserongan kutub utara | 6.163°[8] | ||||||||
Albedo | 0.49 kepada 0.66 (geometri, berbeza sebanyak 35%)[1][9] | ||||||||
| |||||||||
Magnitud ketara | 13.65[1] kepada 16.3[10] (min adalah 15.1)[1] | ||||||||
Magnitud mutlak (H) | −0.7[11] | ||||||||
Diameter sudut | 0.065″ kepada 0.115″[1][f] | ||||||||
Atmosfera | |||||||||
Tekanan atmosfera | 0.30 Pa (maksimum musim panas) | ||||||||
Komposisi | nitrogen, metana, karbon monoksida[12] | ||||||||
sunting ![]() |
Pluto (Jawi: ڤلوتو ), digelar secara rasmi 134340 Pluto (lambang: [13] atau
[14]), merupakan planet kerdil kedua terbesar yang diketahui dalam Sistem Suria (selepas planet kerdil Eris) dan badan kesepuluh terbesar yang dilihat dengan mata kasar mengelilingi matahari. Ia dinamakan sempena Plūtō atau Plouton, dewa neraka kepercayaan tamadun Rom purba. Pada asalnya Pluto dikelaskan sebagai sebuah planet. Kini, ia dianggap ahli terbesar bagi populasi berlainan yang dikenali sebagai gelung Kuiper.[g][h][note 1]
Sebagaimana ahli gelung Kuiper, Pluto terutamanya terdiri daripada batu dan air batu dan agak kecil: sekitar satu per lima daripada jisim Bulan Bumi dan satu pertiga isipadunya. Ia memiliki kelainan orbit dan orbit amat condong yang membawanya dari 30 hingga 49 AU (4.4–7.4 juta km) dari Matahari. Ini menyebabkan Pluto kadang kala menghampiri Matahari lebih dari Neptun.
Pada 14 Julai 2015, sistem Pluto akan dilawati buat kali pertama. Prob New Horizons akan terbang mengelilingi untuk mendapatkan ukuran yang tepat dan mengabil gambar Pluto dan satelit-satelitnya.[15]
Sejak dijumpai pada tahun 1930 sehingga 2006, Pluto dianggap sebagai planet ke sembilan dalam Sistem Suria. Pada akhir tahun 1970-an, selepas jumpaan planet kecil 2060 Chiron di luar Sistem Suria dan pengakuan jisim rendah Pluto, statusnya sebagai planet utama telah dipersoalkan.[16] Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa dengan Pluto telah dijumpai di luar Sistem Suria, terutamanya objek cakera bertabur seperti planet kerdil Eris pada tahun 2005, yang 27% lebih besar berbanding Pluto.[17] Pada 24 Ogos 2006, ("International Astronomical Union") (IAU) mentakrifkan apa yang dianggap planet dalam Sistem Suria. Takrifan ini menyingkirkan Pluto sebagai sebuah planet dan memasukkannya sebagai ahli kategori baru "planet kerdil" bersama Eris dan Ceres.[18] Selepas pengelasan, Pluto ditambah kepada daftar planet kecil dan diberikan nama rasmi 134340.[19][20] Sejumlah pakar sains kekal menegaskan bahawa Pluto patut dikelaskan sebagai sebuah planet.[21] Pada 18 September 2014, Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian membangkitkan semula isu penuruntarafan Pluto sebagai planet dalam satu perbincangan antara tiga pakar daripada IAU, Pusat Planet Kerdil dan Harvard, yang merumuskan bahawa istilah "planet" ialah terma yang terbit daripada budaya (lantas menerima Pluto sebagai planet), gumpalan sfera terkecil yang terbentuk di sekeliling bintang atau tinggalan bintang (yang turut menerima Pluto sebagai planet), atau bermaksud seperti yang diberikan oleh IAU sendiri (yang menolak Pluto sebagai planet).[22] Namun, hasil perbincangan ini tidak mengubah status rasmi Pluto sebagai planet kerdil.
<ref>
dengan nama "HST-SynColours" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Young2007
Sekarang Pluto tidak lagi menjadi satu daripada Sistem Suria kerana dapati Pluto bukannya Planet dan Pluto dikatakan hilang