Lokasi | Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia |
---|---|
Tarikh pembukaan | 1999[1] |
Pemaju | Low Yat Group |
Pengurusan | Low Yat Group |
Pemilik | Low Yat Group |
Bil. gedung dan perkhidmatan | ~400[1] |
Bil. penyewa utama | 2 |
Keluasan lantai peruncitan | 28,800 m2 (310,000 ka2)[1] |
Bil. tingkat | 7 |
Plaza Low Yat (Cina Tradisional: 劉碟廣場 , Cina Ringkas: 刘蝶广场 , bahasa Inggeris: Low Yat Plaza ), ialah sebuah pusat beli-belah yang khususnya menjual barangan elektronik dan teknologi maklumat di Kuala Lumpur, Malaysia.[2]
Plaza Low Yat terletak di Lot 7, Jalan 1/77, Off Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di belakang hotel Melia Kuala Lumpur dan menghadap Berjaya Times Square dari arah stesen monorel Imbi, Stesen MRT Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang dari arah stesen monorel Bukit Bintang. Ada sebuah lagi pusat beli-belah IT yang berhampiran dengan Low Yat, iaitu Plaza Imbi yang terletak di antara Melia dan Sungei Wang, tetapi terletak di jalan utama.
Pusat beli-belah ini mendapat perhatian media kerana kejadian rusuhan berlaku pada Julai 2015.[3]
Plaza Low Yat Plaza terdiri daripada 12 aras, termasuk lima aras parkir bawah tanah.
Aras | Huraian |
---|---|
B5-B2 | Parkir |
B1 | Parkir, Red Box Karaoke |
LG | Medan selera |
G-UG | Restoran, farmasi, kedai gambar, kedai telefon bimbit, dsb. |
1 | Kedai telefon bimbit, pakaian, buku, ATM |
2-3 | Pusat komputer |
4 | Pusat komputer, pejabat, jabatan jaminan |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Plaza Low Yat |