Perarakan "Keranda 152" yang dipimpin oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) & Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) ke Istana Negara sebagai tanda terkuburnya Bahasa Kebangsaan ekoran dari pelbagai dasar kerajaan yang "menghina" Bahasa Kebangsaan termasuk PPSMI
Lihat juga Keranda 152

Perarakan Keranda Mac 2009 merupakan perarakan aktivis bahasa dan rakyat Malaysia yang antara lain mahu polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan. Perarakan ini, yang disertai oleh lebih 30,000 orang, bermula pada pukul 2 petang pada 7 Mac 2009 menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.[1] Perarakan ini dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dan disertai oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad serta barisan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiswa, dan parti politik.

Perarakan ini cukup signifikan kerana ia mengingatkan kembali memori sejarah matlamat perarakan Keranda 152 yang pertama yang diadakan pada tahun 1967. Justeru perarakan ini telah diberi nama perarakan "Keranda 152 Ke-2". Perarakan ini diadakan kerana mahu mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu ke tempat yang sewajarnya dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai menerusi medium Bahasa Melayu telah dimusnahkan oleh dasar PPSMI yang dianjurkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2002 dan dilaksanakan pada 2003. Menteri Pelajaran yang ditugaskan menjayakan PPSMI ialah Datuk Musa Mohamad dan Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Latar belakang tentangan

Rencana utama: PPSMI

Perarakan Keranda Mac 2009 dibuat sebagai reaksi kepada polisi PPSMI yang diperkenalkan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamand. Dr Mahathir yang berpendidikan Inggeris dan belajar di Singapura menganggap bahasa Inggeris lebih wajar digunakan sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti di Malaysia. Kemajuan IT dan khususnya internet menyebabkan bahasa Inggeris semakin menyerlah sehingga semua negara di dunia beralih kepada bahasa itu. Bahasa yang digunakan di internet ialah bahasa Inggeris. Internet ialah perpustakaan terbesar di dunia di mana semua pelajar boleh menimba ilmu secara percuma dan di hadapan komputer sahaja. Secara teorinya, dengan menguasai bahasa Inggeris, rakyat Malaysia tidak perlu menterjemah buku atau menulis semula buku yang diterjemahkan. Buku-buku Sains dan Matematik yang berlambak dalam perpustakaan di Barat tidak mampu diterjemahkan semua. Negara Jepun hanya terdaya menterjemahkan buku-buku baru terpilih dalam masa 3 bulan.[perlu rujukan] Negara Jepun merupakan sebuah negara maju ,ramai penduduk, ramai pakar sains dan matematik dan lebih penting ramai pembeli-pembaca buku.

Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu memerlukan gandaan kerja. Proses mencipta istilah, menukar istilah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, penterjemahan, penerbitan buku, percetakan buku-buku menyebabkan jutaan buku Sains dan Matematik tulen belum sampai kepada rakyat berbahasa Melayu.[perlu rujukan]

Hujah-hujah di atas bagaimanapun dibidas oleh kebanyakan sarjana dan ahli bahasa Melayu. Antaranya Akademi Sains Islam Malaysia[2], Kumpulan Prihatin[3], Majlis Profesor Sains Dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, dan lain-lain lagi pertubuhan sivil dan bukan kerajaan.[4] Tentangan turut ditunjukkan oleh persatuan bukan Melayu seperti Dong Zhou dan Yayasan Tamil.

Tsunami politik 2008 membuka lebih banyak ruang demokrasi untuk bersuara. Pejuang bahasa melihat demonstrasi merupakan alternatif untuk mengembalikan martabat kedudukan bahasa Melayu. Perarakan yang sudah menjadi perkara biasa di Indonesia dan Thailand dilihat berkesan dalam menyuarakan pandangan rakyat. PPSMI juga didakwa bertentangan dengan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan 1996 dan sebagainya yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.

PPSMI dikatakan menipu rakyat. Peratus kelulusan UPSR, PMR dan SPM direndahkan agar menampakkan PPSMI telah berjaya. Sebelum dan selepas menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, pelajar dikaji tentang pilihan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Dikatakan ramai yang menggunakan bahasa Inggeris. Guru-guru Melayu juga tidak mampu menaakul, mengajar dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris. Pelajar hilang minat belajar akan tercicir dan laku musnah meningkat di sekolah-sekolah. Prasarana dan alat bantu mengajar yang disediakan di sekolah seperti troli, pembesar suara, mikrophone, suiz elektrik, skrin, komputer, LCD dan internet tidak berkesan sama sekali. Banyak sekolah dan kelas yang tidak ada elektrik, tidak dipasang tinggi, alatan dirosakkan dan dibiar membazir. Guru tidak cukup tenaga dan masa untuk memasang LCD dan komputer dari kelas ke kelas. Teori tidak sama dengan praktikal. Mereka yang merancang PPSMI ini bukan berlatar belakang guru yang akan mengajar dari kelas ke kelas. Akhirnya kontraktor projek dan pembekal yang untung berlipat ganda.

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Pada peringkat awal Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan kerajaan merayu supaya Dasar Pembelajaran & Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ini dimansuhkan. Namun, tindakan lembut ini tidak langsung menghiraukan kerajaan. Berikutan tindakan kurang agresif ini akhirnya menyebabkan muncul satu gerakan baru - Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) di mana pejuang-pejuang bahasa dihimpunkan pada saat-saat akhir. Pada peringkat awal GMP yang dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad dan SN Dato' A. Samad Said ia dipersenda sebagai orang sastera, bukan orang sains. Mulanya bilangan peserta dan matlamat perarakan ini juga dianggap tidak merisaukan kerajaan. Namun, GMP telah berjaya dikembangkan oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kesatuan Sekerja DBP sehingga mendapat sokongan ratusan gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain termasuk tokoh-tokoh melayu dalam bidang Sains & Matematik. Antara tokoh akademik yang terlibat termasuklah Prof Shahrir Md Zain, Prof Emeritus Abdullah Hassan, Prof Emeritus Dato' Nik Safiah Karim dan Prof Dr Abu Bakar Hamid. Hishammudin Tun Hussein menempelak tokoh-tokoh bahasa ini kerana gagal bersuara ketika PPSMI hendak dilaksanakan.[5]

A. Samad Said mula menggunakan pentas politik PAS untuk memberi ceramah penerangan. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ditubuhkan di hadapan Pasar raya Sogo iaitu ketika prapelancaran diadakan pada bulan Januari 2009. Sedapat mungkin parti politik tidak dilibatkan kerana perarakan ini dianggap suci dan ikhlas agar kerajaan boleh diajak bersemuka dan patah balik ke 2003.

Antara lain GMP mengemukan tuntutan berikut:

Rentetan perarakan 7 Mac 2009

Perarakan ini telah dirancang sebelum 31 Januari 2009 lagi. Pada mulanya polis enggan mengeluarkan permit perhimpunan. Polis memberi amaran berkali-kali agar rakyat tidak menyertai perhimpunan haram. Akhirnya polis mengeluarkan permit di Masjid Negara sahaja. Perhimpunan di Sogo , Pasar Seni dan berarak beramai-ramai ke Istana Negara tidak dibenarkan sama sekali.

Reaksi pihak kerajaan

Rujukan

  1. ^ Demo anti-PPSMI dihujani gas polis
  2. ^ "ASASI Membantah PPSMI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-02. Dicapai pada 2009-03-06.
  3. ^ Kenyataan Media Kumpulan Prihatin
  4. ^ "Pertubuhan Melayu yang Menentang PPSMI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-07. Dicapai pada 2009-03-06.
  5. ^ "Burung Kakak Tua". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-12. Dicapai pada 2009-03-10.
  6. ^ "Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-11. Dicapai pada 2009-03-11.
  7. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/99785 Demo anti-PPSMI dihujani gas polis ]
  8. ^ Demonstrasi PPSMI Jelas Didalangi Pembangkang - Hishammuddin
  9. ^ Alimuddin
  10. ^ MCA Serah Kepada Kabinet Putus Isu PPSMI
  11. ^ Perhimpunan Agung Umno Bincang Isu PPSMI
  12. ^ Tak perlu mencari jalan berliku pertahan PPSMI
  13. ^ Dipertimbangkan