Pengiran atau pangeran (Jawi: ڤڠيرن, Jawa: ꦥꦔꦺꦫꦤ꧀) ialah gelaran untuk putera raja atau penguasa kepada kerajaan yang lebih kecil daripada kesultanan, misalnya Pangeran Landak ialah gelaran untuk raja Kerajaan Landak, Kabupaten Landak, Kalimantan Barat, sejajar dengan sebutan penguasa Pakualaman dan Mangkunegaran.

Ungkapan ini berasal dari kata akar bahasa Jawa Kuno nghér ꦔꦺꦂ yang bermakna "melindungi", maka pangeran boleh difahamkan bererti "pelindung". Hal ini berasal dari keyakinan Dewanata bahawa para bangsawan adalah titisan Tuhan Yang Maha Melindungi yang turun ke Bumi.

Kelaziman penggelaran

[sunting | sunting sumber]

Yogyakarta

[sunting | sunting sumber]

Dalam penggunaan rasminya di Kesultanan Yogyakarta, gelar untuk anak lelaki dengan permaisuri adalah Gusti Bendara Pangeran Harya (GBPH), sedangkan untuk anak lelaki dengan isteri-selir bergelar Bendara Pangeran Harya (BPH). Menantu lelaki sultan juga mendapat gelar pangeran, seperti suami GKR Mangkubumi yang bergelar Kanjeng Pangeran Harya. Sedangkan di Kasunanan Surakarta, gelar untuk anak lelaki sunan dengan permaisuri adalah Kanjeng Gusti Pangeran Harya (KGPH), sedangkan anak lelaki dari isteri-selir bergelar Bendara Kanjeng Pangeran (BKP). Gelaran ini diberikan apabila dewasa.

Melayu

[sunting | sunting sumber]

Pengiran khusus di Brunei Darussalam di mana gelar ini disematkan kepada keturunan Sultan baik yang lelaki ataupun perempuan, dengan perincian:


Di Malaysia gelaran pengiran sama arti seperti gelaran Tuanku, Tengku, Tunku, dan Raja. Di mana gelaran ini disematkan kepada anak serta keturunan Sultan atau Raja mau itu lelaki atau perempuan. Penyebutan gelaran berbeza di tiap-tiap negeri.


Senarai nama pengiran di Alam Melayu

[sunting | sunting sumber]

Istilah yang lain

[sunting | sunting sumber]