![]() Pegawai Gungukgimucheo | |
Tarikh | 1894-1896 |
---|
Pembaharuan Gabo atau Reformasi Gabo [gab-o; 갑오 개혁, 甲午改革] merujuk kepada serangkaian pembaharuan yang disarankan kepada Korea, bermula pada tahun 1894 dan berakhir pada tahun 1896 semasa pemerintahan Raja Gojong sebagai tindak balas kepada Revolusi Petani Donghak. Sejauh mana pengaruh Jepun dalam program ini serta juga kesan dampaknya dalam pemodenan Korea sangat dihujah sengit daam kalangan sejarawan setempat
Langkah ini dinamakan sebegitu sempena gelaran tahun qamari ia dilaksanakan menurut kitaran ganzhi;[1] lebih tepat lagi dari 27 Julai 1894 (26 hari bulan 7 menurut takwim qamari)[2] sehingga 6 Julai 1895 (14 hari bulan 5 tahun berikutnya)[3][4]
Kerajaan yang memerintah Korea pada ketika itu sangat dipalit kekacauan dan korupsi terang-terangan sehingga membebani golongan petani jelata, terutama di tiga bidang utama pendapatan – cukai tanah, perkhidmatan ketenteraan, dan sistem jelapang negeri – Korea. Golongan pegawai tempatan bergelar hyang-i (향이, 鄉理) boleh membeli jawatan pentadbir untuk tujuan memeras para petani sesuka hati. Keluarga Yangban yang sebelum ini dihormati kerana status bangsawan mereka semakin dilihat hanya mempunyai sedikit kelebihan dalam taraf sosial tetapi tidak bersedia memenuhi tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Keadaan ini semakin diburukkan dengan rompakan berkumpulan (brigandage) malah juga penganiayaan oleh tentera, banyak penduduk desa yang miskin berusaha mengumpulkan sumber daya mereka seperti tanah, alat, dan kemahiran pengeluaran agar dapat bertahan.
Meskipun pihak kerajaan menghapuskan kegiatan perhambaan dan catatan-catatan istana berkaitan pada tahun 1801, semakin banyak petani terlibat dalam "persatuan kerjasama" diketuai mubaligh-mubaligh Katolik dan Protestan, dengan sifat ajaran mereka yang mengajar kesamarataan, mula mengumpulkan pengikut di antara Yangban, walaupun biasanya di kawasan bandar.
Suatu falfsafah pembelajaran unik iaitu Donghak dibawa Choi Je-u, (최제우, 崔濟愚, 1824–1864) yang disebut atau "Pembelajaran Timur" yang menjadi sangat popular di kawasan luar bandar. Tema eksklusivisme (pengaruh asing), nasionalisme, keselamatan, dan kesedaran sosial dipromosikan untuk membolehkan petani buta huruf memahami konsep dan menerimanya dengan lebih mudah.
Pembaharuan pertama berlaku dari bulan Julai hingga Oktober 1894, berdasarkan rang undang-undang pembaharuan asal yang dikemukakan oleh duta besar Jepun, Otori Keisuke. Sebelum itu, cadangan pembaharuan telah ditolak oleh istana Joseon dan dinasti Qing.[5] Memandangkan Jepun lebih menumpukan kepada penglibatan ia memerangi China pada saat ini, banyak pembaharuan pertama mencerminkan pembaharuan yang dikehendaki dari anggota dewan progresif dan beberapa pembaharuan yang dituntut oleh para petani semasa Revolusi Petani Donghak tidak terlepas.[6] 210 rang undang-undang pembaharuan oleh Kim Hong-jip telah diluluskan. Pada tahap pertama pembaharuan, terdapat sedikit gangguan daripada Jepun.
Dua ratus sepuluh artikel dibentuk, yang paling terkenal adalah penyusunan semula pemerintahan pusat dengan mengurangi tanggungjawab raja dan menempatkan lebih banyak kekuasaan kepada Uijeongbu. Sistem gwageo dihapuskan dan digantikan oleh sistem birokrasi Jepun. Pentadbiran urusan kewangan dipusatkan, sistem percukaian diperbaiki, sistem kewangan baru membenarkan penggunaan mata wang Jepun, dan sistem pengukuran diubah mengikut sistem Jepun.[5][7]
Pembaharuan sosial yang lain juga ditangani; diskriminasi berdasarkan sistem kelas, perhambaan, perkahwinan bawah umur adalah dilarang. Balu juga diberi hak untuk berkahwin semula. Pembaharuan ini secara sah mengubah sistem feudal tradisional yang telah diikuti selama beratus-ratus tahun.[6][5]
Pembaharuan peringkat kedua berlangsung dari Disember 1894 hingga Julai 1895. Jepun menutup Gunguk Gimucheo pada bulan Disember 1894 hasil daripada Perang China-Jepun yang memihak mereka dan menubuhkan kabinet perikatan baru yang terdiri daripada Kim Hong-jip dan Park Yung-hio. Kabinet mengemukakan undang-undang baru, Hongbeom 14jo (홍범 14조, "Peraturan Teladan" 14 artikel), yang menyatakan putusnya hubungan bawahan dengan China, penghapusan nepotisme dalam pemerintahan, penstrukturan semula pejabat pemerintahan dan tugas mereka.
Dengan dasar ini undang-undang, 213 artikel baru dibuat.[8] Nama Uijeongbu dan subbahagiannya ditukar menjadi naegak (내각, kabinet) dan bu (부, jabatan). Daerah pentadbiran disusun semula menjadi 23 bu (부, wilayah) dan 337 gun (군, daerah). Biro kewangan baru diletakkan di seluruh negara untuk menyelia urusan percukaian, sistem ketenteraan, dan polis untuk diperbaiki dan dimodenkan, manakala sistem kehakiman diubah dengan undang-undang pengadilan dan kehakiman yang baru.[9]
Langkah-langkah pembaharuan kedua dihentikan ketika Park Yung-hio, yang telah menjadi pusat usaha pembaharuan, melarikan diri ke Jepun setelah dituduh melakukan konspirasi untuk mengkhianati mereka yang menentang pembaharuan yang sedang berlangsung.[8][10]
Rencana utama: Maharani Myeongseong |
Menteri Jepun ke Korea, Miura Gorō, mengatur rancangan menentang Permaisuri Min yang berusia 43 tahun[11] (kemudian diberi gelaran Maharani Myeongseong),[12] dan pada 8 Oktober 1895, baginda dibunuh oleh ejen Jepun.[13] Pada tahun 2001, laporan Rusia mengenai pembunuhan itu dijumpai di arkib Kementerian Luar Persekutuan Rusia. Dokumen tersebut merangkumi keterangan Raja Gojong, beberapa saksi pembunuhan itu, dan laporan Karl Ivanovich Weber kepada Aleksey Lobanov-Rostovsky, Menteri Luar Negeri Rusia. Weber adalah pegawai bertugas di perwakilan diplomatik Rusia di Seoul pada masa itu.[13] Menurut seorang saksi Rusia, Seredin-Sabatin (Середин-Cабатин), seorang pegawai raja Korea, sekumpulan ejen Jepun memasuki Gyeongbokgung,[14] membunuh Permaisuri Min dan menodai tubuhnya di sayap utara istana.[15]
Ketika mendengar berita itu, Heungseon Daewongun kembali ke istana kerajaan pada hari yang sama.[16] Pada 11 Februari 1896, Raja Gojong dan putera mahkotanya berpindah dari Gyeongbokgung ke bangunan perwakilan diplomatik Rusia di Jeong-dong, Seoul, dan mereka memerintah selama kira-kira satu tahun dari sana, suatu peristiwa yang dikenali sebagai perlindungan kerajaan Korea di kedutaan Rusia. Setelah kembali ke istana kerajaan, kerabat diraja masih dijaga oleh pengawal Rusia.
Di tengah-tengah kekacauan dalam politik Joseon ketika itu, serangkaian cendekiawan Seonbi menggerakkan sukarelawan untuk memerangi pengaruh asing luar terhadap pemerintah. Ini juga menyebabkan pemberontakan tentera sementara Eulmi yang bertujuan untuk membalas pembunuhan Permaisuri Min.
Berikutan kejadian mengejutkan ini serta keresahan yang menyusul selepas itu, kabinet kerajaan yang dipimpin Kim Hong-jip dan Yu Kil-chun memulakan pelaksanaan pembaharuan lanjut kepada undang-undang dari Oktober 1895 sehingga Februari 1896.[17][18][19][20] Badan reformasi khas, Gunguk Gimucheo (군국 기무처, Majlis Perundingan), dicipta untuk menetapkan peraturan.[21] Dasar mereka menyebabkan takwim qamari dibuang secara rasmi bagi menyokong kalendar solar Gregorian moden, mewujudkan tahun-tahun pemerintahan yang bebas daripada tradisi Cina, penciptaan perkhidmatan pos, pengenalan sekolah rendah dan sistem pendidikan baru dan pembaharuan sistem ketenteraan.[22]
Pembaharuan yang paling kontroversi pada masa ini adalah pengisytiharan "Akta Rambut Pendek" (Hangul: 단발령; Hanja: 斷 髮 令), iaitu memotong sangtu tradisional lelaki Korea dan pembaharuan pakaian tradisional. Ia mencetuskan banyak protes di kalangan masyarakat, terutama para sarjana konservatif, yang sudah kecewa oleh kabinet pro-Jepun. Mereka membentuk pasukan Tentara Benar dan secara aktif memprotes di seluruh negara; tunjuk perasaan yang meningkat setelah pembunuhan Maharani Myeongseong pada tahun 1895. Setelah Raja Gojong dan Putera Mahkota melarikan diri untuk berlindung di kedutaan Rusia pada tahun 1896, penentangan ini mengakibatkan pembunuhan Kim Hong-jip dan anggota kabinet yang lain, dan pembaharuan ini berakhir.[17][23]
Pembaharuan Gabo serupa dengan Pemulihan Meiji di Jepun dan menghasilkan perubahan dan deklarasi berikut:[24]
Laman utama: Independence Club dan Empayar Korea |
Selepas kes Suaka Diraja, beberapa aktivis Korea menubuhkan Kelab Kemerdekaan (독립협회, 獨立協會) pada tahun 1896. Mereka mendakwa bahawa Korea harus berunding dengan kuasa Barat, terutama Rusia, untuk mengimbangi pengaruh Jepun dan Rusia yang semakin meningkat. Kelab ini telah menyumbang kepada pembangunan Gerbang Kemerdekaan, dan mereka mengadakan pertemuan berkala di jalan-jalan Jongno, menuntut reformasi demokratik untuk Korea menjadi negara raja berperlembagaan, dan penghentian pengaruh Jepun dan Rusia dalam urusan Korea. Pada bulan Oktober 1897, Raja Gojong memutuskan untuk kembali ke istananya yang lain, Deoksugung, dan menyatakan pendirian Empayar Korea. Dalam tempoh ini, pemerintah Korea menjalankan dasar pembaratan. Ia bukan bentuk pembaharuan yang berterusan, dan Kelab Kemerdekaan dibubarkan pada 25 Disember 1898 ketika Maharaja Gojong secara rasmi mengumumkan larangan kongres tidak rasmi.
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan gabo doosan2
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan gabo nate3
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan gabo ktta2
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan gabo nate4
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan Dong-a 2002
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan gabo nate5
tidak disediakan<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan gabo ktta4
tidak disediakan