Peanuts ialah sebuah siri lerang komik harian bersindiket yang dikarang dan dilukis oleh Charles M. Schulz, yang disiarkan mulai 2 Oktober 1950 hingga 13 Februari 2000 (hari selepas Schulz meninggal). Jalur komik ini merupakan salah sebuah siri komik yang tersohor dan paling berpengaruh dalam sejarah komik, dan "boleh dianggap sebagai cerita yang terpanjang pernah diceritakan oleh seorang insan," menurut Profesor Robert Thompson dari Universiti Syracuse. Pada zaman kemuncaknya, Peanuts disiarkan di dalam lebih 2,600 akhbar, dan menikmati sambutan 355 juta pembaca di 75 negara, dan diterjemah ke 21 bahasa lain.[1] Peanuts membantu menjadikan komik jenaka empat petak sebagai format piawaian di Amerika Syarikat.[2] Cetakan semula komik ini masih di disindiketkan dan diterbit dalam banyak suratkhabar.
Tambahan pula, Peanuts mencapai kejayaan besar bagi rancangan khas televisyennya, antaranya termasuk A Charlie Brown Christmas[3] dan It's the Great Pumpkin, Charlie Brown[4] yang meraih atau dicalonkan untuk Anugerah Emmy. Rancangan istimewa perayaan tersebut masih agak popular dan kini disiarkan melalui rangkaian ABC di Amerika Syarikat ketika perayaan yang berkenaan.
Wikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Peanuts |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Peanuts |