| |||||
Negara-negara ahli Pakatan Warsaw pada 1956 hingga 1968 | |||||
Ibu pejabat | Moscow, KRSS | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Rusia | ||||
Jenis | Perikatan ketenteraan | ||||
Negara ahli | 7 (8 pada mulanya) | ||||
Pemerintah Tertinggi | Viktor Kulikov (terakhir) | ||||
Penubuhan | 14 Mei 1955 | ||||
Pembubaran | 1 Julai 1991 |
Pakatan Warsaw atau Pertubuhan Perjanjian Warsaw, rasminya bernama Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan Bersama (Rusia: Договор о дружбе, сотрудничестве и взаимной помощи ), merupakan perikatan ketenteraan untuk negara komunis Eropah Tengah dan Eropah Timur. Perikatan ini ditubuhkan pada 14 Mei 1955 di Warsaw, Poland, demi menentang ancaman berkemungkinan oleh NATO dan juga sebagai tindak balas terhadap integrasi Jerman Barat yang "ditenterakan kembali" ke dalam NATO pada 9 Mei 1955 akibat ratifikasi Perjanjian Damai Paris. Pakatan ini berkekal sepanjang Perang Dingin sehingga beberapa negara-negara ahli bermula menarik diri pada tahun 1989, diikuti oleh keruntuhan Blok Timur dan perubahan politik di Kesatuan Soviet. Perjanjian ini ditandatangani pada 14 Mei 1955, dan salinan rasmi dibuat dalam Bahasa Rusia, Bahasa Poland, Bahasa Czech dan Bahasa Jerman.
Semua negara komunis di Eropah Tengah dan Timur merupakan penandatangan kecuali Yugoslavia. Para anggota Pakatan Warsaw berjanji untuk saling melindungi sekiranya mana-mana ahli diserang. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hubungan di antara penandatangan adalah berasaskan tidak campur tangan dalam hal dalaman dan rasa hormat pada kedaulatan dan kemerdekaan setiap negara. Peraturan tidak masuk campur kemudiannya dicabuli secara de facto dengan campur tangan Soviet di Hungary (Revolusi Hungary 1956) dan Czechoslovakia (Prague Spring, 1968). Dalam kedua-dua kes, bantuan dikatakan dipinta, jadi peraturan ini tidaklah dicabul secara rasmi.
Kesatuan Soviet mendakwa bahawa pemmbentukan Pakatan Warsaw pada May 1955 merupakan reaksi terhadap kemasukan Republik Persekutuan Jerman ke dalam NATO pada tahun yang sama. Kesahan dakwaan ini dilemahkan oleh sebab semua anggota kanan kerajaan bukan-Soviet yang menyertai merupakan pegawai tentera Rusia. Pakatan ini memformalkan kedudukan Kesatuan Soviet sebagai ketua blok negara sosialis, dan menggantikan hubungan dua hala dengan rangka berbilang hala [1].
Nama | Mula berkhidmat | Hingga | |
---|---|---|---|
1. | Marsyal Kesatuan Soviet Ivan Konev | 14 Mei 1955 | 1960 |
2. | Marsyal Kesatuan Soviet Andrei Grechko | 1960 | 1967 |
3. | Marsyal Kesatuan Soviet Ivan Yakubovsky | 1967 | 30 November 1976 |
4. | Marsyal Kesatuan Soviet Viktor Kulikov | 1977 | 1991 |
Nama | Mula berkhidmat | Hingga | |
---|---|---|---|
1. | Jeneral Ketumbukan Joe Andry | 1955 | 1962 |
2. | Jeneral Ketumbukan Pavel Batov | 1962 | 1965 |
3. | Jeneral Ketumbukan Mikhail Kazakov | 1965 | 1968 |
4. | Jeneral Ketumbukan Sergei Shtemenko | 1968 | 1976 |
5. | Jeneral Ketumbukan Anatoly Gribkov | 1976 | 1989 |
6. | Jeneral Ketumbukan Vladimir Lobov | 1989 | 1990 |
Pada 1 Mei 2004, Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Poland, dan Slovakia menjadi ahli-ahli Kesatuan Eropah. Mereka diikuti pada tahun 2007 oleh Romania dan Bulgaria.
Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pakatan Warsaw. |
1940-an | Persidangan Yalta · Operasi Unthinkable · Persidangan Potsdam · Hal ehwal Gouzenko · Krisis Iran 1946 · Perang Saudara Yunani · Penyataan semula Dasar tentang Jerman · Perang Indochina Pertama · Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Darurat Tanah Melayu · Rampasan kuasa Czechoslovakia 1948 · Perpecahan Tito–Stalin · Pengepungan Berlin · Pengkhianatan Barat · Tirai Besi · Blok Timur · Perang Saudara Cina (pusingan kedua) |
---|---|
1950-an | Perang Korea · Rampasan kuasa Iran 1953 · Pemberontakan 1953 di Jerman Timur · Rampasan kuasa Guatemala 1954 · Pemecahan Vietnam · Krisis Selat Taiwan Pertama · Persidangan Kemuncak Geneva (1955) · Bantahan Poznań 1956 · Revolusi Hungary 1956 · Krisis Suez · Krisis Sputnik · Krisis Selat Taiwan Kedua · Revolusi Cuba · Perdebatan Dapur · Persidangan Asia–Afrika · Pindaan Bricker · McCarthyisme · Operasi Gladio · Doktrin Hallstein |
1960-an | Krisis Congo · Perpecahan China-Soviet · Peristiwa U-2 1960 · Serangan Teluk Babi · Krisis Peluru Berpandu Cuba · Konfrontasi Indonesia-Malaysia · Tembok Berlin · Perang Vietnam · Rampasan kuasa Brazil 1964 · Pendudukan Amerika Syarikat 1965 di Republik Dominika · Perang Sempadan Afrika Selatan · Peralihan Tertib Baharu · Teori domino · Deklarasi ASEAN · Perang Saudara Laos · Junta tentera Yunani 1967–1974 · Revolusi Budaya · Perang China-India · Peristiwa Musim Bunga Praha · Komunisme Goulash · Konflik sempadan China-Soviet |
1970-an | Pengenduran ketegangan · Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear · September Hitam di Jordan · Perang Saudara Kemboja · Diplomasi Ping Pong · Perjanjian Empat Kuasa tentang Berlin · Lawatan Nixon ke China 1972 · Rampasan kuasa Chile 1973 · Perang Yom Kippur · Perundingan Menghadkan Senjata Strategik · Perangan Saudara Angola · Perang Saudara Mozambique · Perang Ogaden · Perang Kemboja–Vietnam · Perang China-Vietnam · Revolusi Iran · Operasi Condor · Perang Pembebasan Bangladesh · Penerbangan 902 Sistem Penerbangan Korea |
1980-an | Perang Soviet di Afghanistan · Boikot Sukan Olimpik Musim Panas 1980 · Solidarność · Contras · Krisis Amerika Tengah · RYAN · Penerbangan 007 Sistem Penerbangan Korea · Able Archer 83 · Inisiatif Pertahanan Strategi · Serangan terhadap Grenada · Bantahan Dataran Tiananmen 1989 · Serangan terhadap Panama · Keruntuhan Tembok Berlin · Revolusi 1989 · Glasnost · Perestroika |
1990-an | |
Lihat juga | Pengintipan Soviet dan Rusia di Amerika Syarikat · Hubungan Kesatuan Soviet–Amerika Syarikat · Hubungan NATO–Rusia |
Pertubuhan | |
Perlumbaan | |
Ideologi | Kapitalisme · Demokrasi liberal · Komunisme · (Stalinisme · Trotskyisme · Maoisme · Juche · Castroisme · Guevarisme · Titoisme) |
Propaganda | Langkah aktif · Pravda · Radio Free Europe/Radio Liberty · Ketakutan Merah · Voice of America · Voice of Russia |
Dasar asing | Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Pembendungan · Doktrin Eisenhower · Teori domino · Doktrin Kennedy · Hidup bersama secara aman · Ostpolitik · Doktrin Johnson · Doktrin Brezhnev · Doktrin Nixon · Doktrin Ulbricht · Doktrin Carter · Doktrin Reagan · Gulung balik |