Norhanita binti Hamzah (lahir 3 September 1980) adalah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau merupakan naib juara bagi program realiti TV Malaysian Idol musim kedua pada tahun 2005.
Nita Hamzah | |
---|---|
Kelahiran | Norhanita binti Hamzah 3 September 1980 |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2005-kini |
Pasangan | Mohd. Fareez Shamsul Bahari (k. 2018) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Pop Rock |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony BMG Suria Records |
Pengkarya berkait | Daniel Lee |
Nita telah menamatkan zaman solonya dengan menikahi jejaka yang 8 tahun lebih muda daripadanya yang dikenali sebagai Mohd Fareez Shamsul Baharin pada April 2018. Mereka melangsungkan majlis perkahwinan setelah bertunangan hampir 8 bulan iaitu sejak Ogos 2017. [1]
Nita telah menghadiri ujibakat Malaysian Idol musim kedua pada Julai 2005 dan beliau berjaya terpilih diantara 11 peserta teratas yang menyertai pertandingan ini. Setelah hampir lapan minggu beradu suara, pada tarikh 24 September 2005, beliau dan Daniel Lee berjaya ke peringkat akhir dimana beliau dinobatkan sebagai naib juara di dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah persembahan Nita sewaktu berada di Malaysian Idol:
Spektakular | Lagu & penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|
Workshop 2 | "Get Here" (Oleta Adams) | Mara ke Top 11 |
Top 11 | "Lets Outside Alone" (Anastacia) | Selamat |
Top 9 | "Tenda Biru" (Desy Ratnasari) | Selamat |
Top 8 | "Snow On The Sahara" (Anggun) | Selamat |
Top 7 | "Hati Ini Telah Dilukai" (KD) | Selamat |
Top 6 | "Bring Me To Life" (Evanescence) | Selamat |
Top 5 | "Kau Laksana Bulan" (P. Ramlee) "Big Spender" (Shirley Bessey) |
Selamat |
Top 4 | "Berhenti Berharap" (Sheila On 7) "Hand In My Pocket" (Alanis Morissette) |
2 tercorot |
Semifinal (Top 3) | "Love is a Crime" (Anastacia) < r> "Asmaradana" (Tiara Jacquelina) | 2 tercorot |
Grand Finale (Top 2) | "Berhenti Berharap" (Sheila on 7) "Big Spender" (Shirley Bessey) "Mimpi" (Nita) |
Naib Juara |
Solo
Malaysian Idol
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2007 | "Kusut" | Nita |
"Aku" | ||
2013 | "Rindu Di Hari Raya" | Single Raya |
2017 | "Hadirlah Cinta" | Single |
Tahun | Acara | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2005 | Malaysian Idol (musim 2) | Peserta/Naib Juara | 8tv |
Tahun | Acara | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2005 | Malaysian Idol (musim ke-2) | — | Naib Juara |