Munafik atau Munāfiq (kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.[1]Allah pun menyisihkannya dari rahmat dan hidayah_Nya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.

Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.[3] (Al Munafiquun:1-3)

Pautan Luar: Surah dan Terjemahan Diarkibkan 2014-07-08 di Wayback Machine

Ciri-ciri orang munafiq

Rencana utama: Ciri-ciri orang munafik‎‎

Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan :

"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.

Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam.

Rujukan

  1. ^ Aizid, Rizem (2014). Renungan Buat Mereka yang maninggalkan Solat kerana malas. Selangor: Al hidaya. m/s. 45. ISBN 978-967-439-086-0.
  2. ^ Fujur (dalam bahasa Indonesia), 2024-02-25, dicapai pada 2024-05-25