Mukim Beseri | |
---|---|
![]() Mukim Beseri | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
Keluasan | |
• Jumlah | 67.5 km2 (26.1 batu persegi) |
Penduduk (2010) | 13,485 |
• Kepadatan | 199.8/km2 (517/batu persegi) |
Mukim Beseri merupakan salah satu mukim di negeri Perlis.[1]
Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung.
Mukim Beseri merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Pusat bagi mukim Beseri terletak di Beseri yang menjadi pusat perdagangan utama di mukim ini[2]. Mukim Beseri juga dipecahkan kepada beberapa buah kampung dan taman perumahan. Keluasan mukim Beseri ialah 67.5 km persegi dan dihuni kira-kira 13,485 orang pada 2010.[3]
Mukim Beseri terletak di bahagian utara negeri Perlis bersempadan dengan mukim Kurong Batang di barat, mukim Chuping di timur, mukim Paya dan Abi di selatan serta mukim Titi Tinggi di utara. Bukit Manek yang terletak berhampiran Tasik Timah Tasoh merupakan antara titik tertinggi di mukim Beseri iaitu setinggi 327 meter.[2]
Jumlah penduduk di mukim Beseri ialah sebanyak 13,485 orang mengikut bancian 2010 dengan taburan penduduk 200 orang perkilometer persegi iaitu kategori taburan penduduk padat.[3] Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 94 peratus dari jumlah penduduk.[4]
Warganegara | Kaum | Jumlah | |
---|---|---|---|
Warganegara
Malaysia |
Bumiputera | Melayu | 12,694 |
Bumiputera lain | 39 | ||
Cina | 374 | ||
India | 83 | ||
Lain-lain | 120 | ||
Bukan warganegara | tiada data | 175 |
Kumpulan umur | Jumlah |
---|---|
70 tahun dan ke atas | 548 |
60 hingga 69 tahun | 771 |
50 hingga 59 tahun | 1,410 |
40 hingga 49 tahun | 1,813 |
30 hingga 39 tahun | 1,540 |
20 hingga 29 tahun | 1,938 |
10 hingga 19 tahun | 3,173 |
0 hingga 9 tahun | 2,292 |
Jantina | Jumlah |
---|---|
Lelaki | 7,100 |
Wanita | 6,385 |