Metodisme merupakan suatu kelompok pecahan mazhab Protestan dalam agama Kristian yang wujud hasil penulisan dan ajaran John Wesley. Ia berakar sebagai suatu gerakan pembaharuan dalam Gereja England dalam abad ke-18 tapi kemudiannya muncul sebagai suatu mazhab gereja yang tersendiri setelah kematian Wesley. Ia banyak tersebar luas serata Empayar British dan Amerika Syarikat hasil kerja giat para mubaligh ia,[1] sehingga dikira sebanyak 80 juta penganut yang mengikuti mazhab ini (digelar Metodis - "Methodist") di seluruh dunia.[nb 1][2]
John Wesley (1703–1791) dan adiknya Charles (1707–1788), memulakan suatu gerakan dalam Gereja England sekitar abad ke-18[3][4] melalui penubuhan sebuah persatuan bernama "Holy Club" di Universiti Oxford.[5] Para ahli dalam kelab ini biasa menjalani hidup berwarak di mana mereka menahan diri daripada berhibur bsecara berlebihan, berpuasa, menghadiri misa mingguan serta menziarahi golongan susah seperti fakir miskin, pesakit dan banduan penjara. Kelompok ini mendapat gelaran mereka sebagai "Metodis" (Methodist) kerana dilihat berkecenderungan mengikut peraturan (rule) dan kaedah atau metode (method) dalam urusan beragama mereka.[6]
But the most-noticeable feature of British Methodism is its missionary spirit, and its organized, effective missionary work. It takes the lead of all other denominations in missionary movements. From its origin, Methodism has been characterised for its zeal in propagandism. It has always been missionary.
|deadurl=
ignored (bantuan)