Mawi | |
---|---|
Kelahiran | Asmawi bin Ani 25 Ogos 1983 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengarah, penulis, penerbit, usahawan, pengacara, penyampai radio |
Tahun aktif | 2005–kini |
Majikan |
|
Pasangan | Ekin Rahmat (k. 2008) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Allahyarhamah Ramlah Sarlan |
Bapa | Allahyarham Ani Ahmad |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, balada, nasyid |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Maestro Records (2005 - 2008) Mawi World Entertainment (2009 - kini) |
Pengkarya berkait | Dato' M. Nasir Dato' Jamal Abdillah Akhil Hayy Diana Danielle Datin Sri Heliza Helmi KRU Syamsul Yusof |
Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi (lahir 25 Ogos 1983) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketiga di Malaysia pada 2005. Kini, beliau juga banyak terlibat dalam bidang pengarahan dan perfileman.[1]
Pada mulanya, beliau telah tersingkir daripada konsert prelud namun diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap lapan pelajar yang tersingkir. Mawi memulakan kemudiannya pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha Milan di minggu kedua. Mawi kemudiannya berjaya mengungguli setiap pertandingan sehingga berjaya menjadi juara pada akhirnya.
Namun begitu, perihal ini ialah satu kontroversi ketara memandangkan pemilihan juara di AF secara amnya dibuat melalui undian para penonton melalui SMS. Beliau juga turut digelar "Raja SMS" kerana sering mengungguli anugerah melalui kaedah tersebut sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.[2] Penulis Danny Lim mengaitkan fenomena ini dengan perkembangan akses telekomunikasi golongan luar bandar yang berupaya mengangkat Mawi ke arah kejuaraan disebabkan oleh identitinya sebagai orang luar bandar berbanding bakat vokalnya yang secara amnya kurang memuaskan.[3]
Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, suatu fenomena Mawi telah muncul di seluruh negara.
Dalam kira-kira tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.[perlu rujukan]
Konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis AF. Sidang media itu disertai oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.[perlu rujukan]
Pada 2017, beliau menjadi penyampai radio di saluran radio nasyid kontemporari, Zayan.
Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!".
Pada 21 Oktober 2008, menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan Nora Asyikin Rahmat (Ekin) dari negeri Johor juga. Majlis pernikahan diadakan di Johor Bahru. Malamnya majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Pada 28 Disember 2008, majlis resepsi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Pada 11 Januari, majlis resepsi di Hotel Palace of the Golden Horses dengan tema Arabia. Beliau memilih Ekin kerana berjaya menggembirakan ibunya Ramlah Sarlan.
Konsert | Lagu (penyanyi) | Ked. |
---|---|---|
Prelud | "Intifada" (Rabbani) | Tersingkir |
Minggu 1 | "Kekasih Awal Dan Akhir" (Jamal Abdillah) | Diserap |
Minggu 2 | "Dari Kekasih Kepada Kekasih" (Hattan) | Pertama |
Minggu 3 | "Gadis Melayu" (Othman Hamzah) | Pertama |
Minggu 4 | "Nour el Ain" (Amr Diab) | Pertama |
Minggu 5 | "Beautiful Maria Of My Soul" (Los Lobos) | Pertama |
Minggu 6 | "Memori Cinta Luka" (Nassier Wahab) | Pertama |
Minggu 7 | "Oh Fatimah" (A. Ramlie) |
Pertama |
Minggu 8 | "Pupus" (Dewa 19) | Pertama |
Minggu 9 | "Pergi Tak Kembali" (Rabbani) | Pertama |
Minggu 10 | "Seroja" (S. Effendi) | Juara |
"Aduh Saliha" (Mawi) Lagu: M. Nasir Lirik: Loloq |
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penulis | Penerbit | ||||
2009 | Jin Notti | Aziz | Filem lakonan pertama | ||||
2010 | Magika | Badang | |||||
2016 | Moana | Maui | Watak kartun pertama | ||||
2018 | Munafik 2 | Ustaz Azhar | |||||
2019 | Tiada Tajuk | Suci | Filem arahan pertama | ||||
2022 | Hantu Kuat Ketawa | Masjid Kutip Hutang | Pelakon tambahan | ||||
2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Tok Kenali | |||||
2024 | Zim Zim Ala Kazim | Muharam |
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | |||||
2016 | Gerak Khas (Musim 16) | Dirinya sendiri | TV2 | Episod: "Mawi Oh Mawi" | |||
2020 | Sabili: Ali | — | Nuflix |
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Pengarah | Penerbit | |||||
2010 | Jiwa Kacau | Inspektor Johar | Astro Prima | Penampilan khas, telefilem lakonan dan arahan pertama | |||
Pak Nil Ibu Kirim Salam | — | ||||||
2012 | Siapa Dapat Lisa | Sudirman | |||||
2014 | Rock Sangkut | Suci | Penampilan khas | ||||
Novel Fana | — | Astro Maya HD |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Langkah Mawi World | Pengacara | Astro Ria |
2014 | Ketuk-Ketuk Ramadan (Musim 4) | Artis undangan | TV1 |
2015 | Juara Parodi | Peserta | Astro Warna |
2021 | Keringat Selebriti 2 | Artis Jemputan | Awesome TV |
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
2 Oktober 2017 – kini | Zayan Salam Bros, Zayan Pagi & Zayan Salam Biz | Zayan |
1987–88 |
| |
---|---|---|
1990–1999 |
| |
2000–2009 |
| |
2010–2019 |
| |
2020–kini |
|
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Lain-lain |