Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mathieu Debuchy[1] | ||
Tarikh lahir | 29 Julai 1985 | ||
Tempat lahir | Fretin, Perancis | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 10 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Arsenal | ||
Nombor | 2 | ||
Kerjaya remaja | |||
1992–1993 | Frétin | ||
1993–2003 | Lille | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2013 | Lille | 233 | (16) |
2013–2014 | Newcastle United | 43 | (1) |
2014– | Arsenal | 4 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2011– | Perancis | 26 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:00, 13 September 2014 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 September 2014 (UTC) |
Mathieu Debuchy (lahir 28 Julai 1985) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Liga Perdana Arsenal. Dia selalunya bermain di posisi pertahanan kanan, tetapi memulakan karier beliau sebagai pemain tengah.
Dia menghabiskan sembilan musim setengah bersama Lille, memenangi Ligue 1 dan Piala Perancis pada musim 2010-2011. Dia menyertai Newcastle United pada Januari 2013, dan ditandatangani oleh Arsenal pada Julai 2014.
Debuchy membuat penampilan sulung bersama Pasukan kebangsaan Perancis pada tahun 2011. Sehingga kini, dia telah membuat 25 penampilan termasuk bermain ketika UEFA Euro 2012 dan Piala Dunia FIFA 2014.
Tujuh bulan selepas tawaran mereka gagal, kelab Inggeris Newcastle United menandatangani Debuchy dengan kontrak lima tahun setengah pada 4 Januari 2013, dengan yuran yang tidak didedahkan dilaporkan sekitar £5.5 juta.[2][3] Dia membuat penampilan sulung untuk Newcastle pada 12 Januari 2013 ketika menentang Norwich City.[4][5]
Debuchy berpindah ke satu lagi kelab Liga Perdana Arsenal pada 17 Julai 2014, menandatangani kontrak jangka panjang dengan yuran yang tidak didedahkan (dipercayai sekitar £12 juta[6]) dan diberi jersi bernombor 2.[7] Dia berkata "bermain sekali lagi dalam Liga Juara-Juara merupakan satu keterujaan besar buat saya dan saya akan buat yang terbaik untuk membantu Arsenal bersaing untuk trofi".[8]
Dia membuat penampilan sulung untuk Arsenal ketika kemenangan 3−0 mereka ke atas juara bertahan liga Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2014 di Stadium Wembley pada 10 Ogos 2014.[9] Enam hari kemudian dia bermain dalam Liga Perdana sebagai pemain Arsenal buat pertama kali, percubaannya semasa masa kecederaan diselamatkan sebelum dijaringkan oleh Aaron Ramsey untuk kemenangan 2–1 di tempat sendiri menentang Crystal Palace.[10] Debuchy dibuang padang pada 27 Ogos ketika kemenangan Arsenal ke atas Beşiktaş dalam play-off Liga Juara-Juara.[11]
Pada 13 September 2014, Debuchy rosak ligamen pergelangan kaki ketika seri 2–2 dengan Manchester City. Dia diberikan oksigen dan diusung keluar dari padang.[12] Susulan pembedahan, dia akan terlepas tiga bulan.[13][14]
Debuchy telah bermain untuk pasukan bawah-21. Pada 5 Ogos 2010, Debuchy dipanggil ke pasukan senior buat pertama kali oleh pengurus baru Laurent Blanc untuk perlawanan persahabatan menentang Norway pada 11 Ogos 2010 tetapi tidak memenangi kap pertamanya sehingga bulan November 2011. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis ketika perlawanan persahabatan menentang Iceland di Valenciennes pada 27 Mei 2012.[15]
Blanc memilih Debuchy dalam skuad 23 pemain untuk UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine pada 29 Mei 2012. Dia bermula sebagai pertahanan kanan Les Bleus dalam perlawanan pembukaan menentang England, membantu pasukannya untuk seri 1–1, di mana prestasinya telah dipuji sebagai "luar biasa"[16].[17] Dia bermain 90 minit penuh untuk Perancis ketika perlawanan kedua kumpulan ketika kemenangan 2–0 ke atas Ukraine pada 15 Jun,[18] dan bermain dalam baki perlawanan mereka sebelum disingkirkan Sepanyol di peringkat suku akhir.
Debuchy dinamakan Didier Deschamps dalam skuad Perancis untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[19] Dia bermain dalam semua perlawanan mereka ketika mereka layak ke suku akhir, kecuali ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ecuador di mana Bacary Sagna bermain di tempatnya.
Pasukan kebangsaan Perancis | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2011 | 2 | 0 |
2012 | 11 | 1 |
2013 | 5 | 1 |
2014 | 8 | 0 |
Jumlah | 26 | 2 |
Gol antarabangsa
No. | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
27 Mei 2012 | Stade du Hainaut, Valenciennes, Perancis | Iceland | Persahabatan | |||
11 Oktober 2013 | Parc des Princes, Paris, Perancis | Australia | Persahabatan |
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mathieu Debuchy |