Maqlubah | |
---|---|
Setalam maqlubah | |
Nama alternatif | Maqluba, maaluba, magluba, maqlouba, maqlooba |
Jenis | Makanan ![]() |
Jenis sajian | Hidangan |
Tempat asal | Syam |
Kawasan/rantau | Timur Tengah |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Daging, nasi, dan sayur (tomato, bunga kobis, kentang, terung) |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Maqlubah (Arab: مَقلُوبَة, rumi: maqlūbah terbitan kata kerja قَلَبَ qalaba "membalikkan"[1]) adalah hidangan nasi tradisional beberapa negara rantau Syam yakni Iraq,[2] Lubnan,[3][4] Palestin,[5][6][7][8] Jordan,[9][10] dan Suriah.[11][4] Nasi ini dimasak dengan daging dan sayuran goreng yang ditempatkan dalam periuk yang kemudiannya ditelangkupkan.[12] Ia sering kali disajikan dalam acara pesta dan pertemuan besar.
Hidangan ini sudah ada sejak berabad-abad yang lalu dan ditemukan dalam buku himpunan resipi Kitab al-Tabikh bertarikh seawal abad ke-13,[13] bahkan ada catatan yang menyatakan ia disediakan kepada Salahuddin al-Ayyubi dan para askarnya selepas membuka Baitulmaqdis pada 637 M:[14]
...جاء يوم فتح مدينة القدس على يد القائد صلاح الدين الأيوبي ودخوله وجنوده المدينة، واحتفالًا بهذا النصر والفتح قام أهل مدينة القدس بتقديم الطعام إلى صلاح الدين وجنوده كعادة المسلمين في هذه المناسبات، عندما أكل صلاح الدين من أكلة أعجبته كثيرًا فسأل عن اسم هذه الأكلة واصفًا إياها (الأكلة المقلوبة)....
("Pada hari datangnya Salahuddin al-Ayyubi dan tenteranya menuju bandar [Baitulmaqdis], para penduduk bandar itu memasak besaran untuk meraikan ketibaan mereka. Ketika masa inilah Salahuddin memakannya dan sangat menyukainya, maka beliau bertanyakan kepadanya nama lauk ini [yang digambarkan beliau sebagai 'lauk yang telangkup']...")
Sayuran yang lazim dimasak goreng sebagai inti adalah bunga kubis dan terung tetapi sayur lain seperti tomato dan kentang juga digunakan; ia disertai dengan dedaging ayam atau bebiri.[15] Semua bahan akan dillapis-lapis perlahan ke dalam periuk semasa dimasak.[12][5]
Maqlubah biasanya ditabur dengan kacang sanubar dan parsli segar cincang[16] serta kadangkala disajikan dengan salad dan labnah segar.
The most traditional Palestinian meals are maqluba, musakhan, and mansaf
Maqluba, an upside-down rice and vegetable cake that is actually Palestinian