Lisosom (/ˈlaɪsəˌsoʊm/) ialah suatu organel membran dalam kebanyakan sel haiwan. Lisosom ialah suatu vesikel sferikal yang memiliki enzim hidrolisis yang berupaya menguraikan pelbagai biomolekul. Suatu lisosom memiliki komposisi khusus pda protein membran dan lumen. Nilai pH lumen (~4.5–5.0)[1] adalah ideal bagi enzim-enzim yang terlibat dalam hidrolisis seperti aktiviti perut. Di samping penguraian polimer, lisosom juga terlibat dalam pelbagai proses sel termasuk rembesan, pembaikian membran plasma, apoptosis, pengisyaratan sel dan metabolisme tenaga.[2]
Lisosom bertindak sebagai sistem pembuangan sisa sel dengan menghadap bahan-bahan sampingan sitoplasma dari dalam dan luar sel. Bahan-bahan dari luar sel diambil melalui endositosis sementara bahan dari dalam sel dihadam melalui autofagi.[3] Saiz organel adalah pelbagai—organel besar boleh menjadi 10 kali ganda besar organel-organekl kecil.[4]