Laut Jepun Laut Timur | |||||||
Nama bahasa Jepun | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Kanji | 日本海 | ||||||
Hiragana | にほんかい | ||||||
| |||||||
Nama Korea Utara | |||||||
Chosŏn'gŭl | 조선동해 | ||||||
Hancha | 朝鮮東海 | ||||||
| |||||||
Nama Korea Selatan | |||||||
Hangul | 동해 | ||||||
Hanja | 東海 | ||||||
| |||||||
Nama bahasa Rusia | |||||||
Bahasa Rusia | Япо́нское мо́ре | ||||||
Perumian | Yapónskoye móre |
Laut Jepun atau Laut Timur ialah sebuah laut pinggir di barat Lautan Pasifik, bersempadan dengan Jepun, Korea Selatan, Korea Utara dan Rusia. Laut ini digelar Laut Timur Korea oleh Korea Utara, dan Laut Timur oleh Korea Selatan.[1][2] Begitu juga dengan Laut Mediterranean, Laut Jepun tidak mengalami pasang surut kerana hampir dikelilingi sepenuhnya oleh daratan.[3] Laut ini berdepan dengan pertikaian nama yang dibahaskan oleh Jepun dan Korea.
Laut Jepun dikelilingi oleh tanah besar Rusia dan pulau Sakhalin di utara, Semenanjung Korea di barat, dan kepulauan Hokkaidō, Honshū, dan Kyūshū, Jepun di timur.
Laut Jepun bersambung dengan laut-laut lain oleh lima batang selat yang cetek: iaitu Selat Tartary di antara tanah besar Asia dan Sakhalin; Selat La Perouse di antara kepulauan Sakhalin dan Hokkaidō; Selat Tsugaru di antara pulau-pulau Hokkaidō dan Honshū; Selat Kanmon di antara pulau-pulau Honshū dan Kyūshū; dan Selat Korea di antara Semenanjung Korea dan pulau Kyūshū. Selat Korea terdiri daripada Saluran Barat dan Selat Tsushima, di kedua-dua belah Pulau Tsushima.
Laut ini ada tiga buah lembangan utama, iaitu: Lembangan Yamato di tenggara; Lembangan Jepun di utara; dan Lembangan Tsushima (Ulleung) di barat daya. Di Lembangan Jepun terletaknya kawasan terdalam di seluruh laut ini, manakala Lembangan Tsushima paling cetek.
Di pesisir timur, pentas benuanya luas sekali, tetapi di pesisir barat, khususnya di sepanjang pantai Korea, pentas benuanya sempit, iaitu purata keluasannya hanya 30 km.
Arus Panas Tsushima, sebuah cabang Arus Kuroshio, mengalir ke arah utara melalui Selat Korea sepanjang pesisiran Jepun, manakala Arus Sejuk Liman mengalir ke arah selatan melalui Selat Tartary sepanjang pesisiran Rusia.
Pada zaman dahulu, Laut Jepun dikelilingi daratan sepenuhnya kerana wujudnya sebatang jambatan darat Asia Timur.[4]
Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa menetapkan sempadan-sempadan "Laut Jepun" seperti berikut:[5]
Di Barat Daya. Batas Timur Laut Laut China Timur [Dari Nomo Saki (32°35'U) di Kyusyu ke titik Selatan Hukae Sima (Goto Retto) dan melalui pulau ini ke Ose Saki (Cape Goto) dan ke Hunan Kan, titik Selatan Saisyu To (Quelpart), melalui pulau ini ke lampauan Baratnya, kemudian di sepanjang selarian 33°17' Utara ke tanah besar] dan batasan Barat Laut Pedalaman [ditentukan secara berlitar sebagai "Batasan Tenggara Laut Jepun"].
Di Tenggara. Di Simonoseki Kaikyo. Garis dari Nagoya Saki (130°49'T) di Kyûsû melalui pulau-pulau Uma Sima dan Muture Simia (33°58',5U) ke Murasaki Hana (34°01'U) di Honsyû.
Di Timur. Di Tsugaru Kaikô. Dari hujung Siriya Saki (141°28'T) ke hujung Esan Saki (41°48'U).
Di Timur Laut. Di Selat La Perouse (Sôya Kaikyô). Garis yang menghubungkan Sôni Misaki dan Nishi Notoro Misaki (45°55'U).
Di Utara. Dari Tanjung Tuik (51°45'U) ke Tanjung Sushcheva.
Penggunaan nama "Laut Jepun" sebagai gelaran utamanya menjadi titik perbalahan.
Kedua-dua negara Korea menyeru agar berkuburnya apa yang disifatkan sebagai warisan penjajahan ini:
Pada 27 Ogos 2007, kedua-dua negara Korea mengemukakan usul berasingan kepada Persidangan Penstandardan Nama Geografi Kesembilan yang diinstitusikan oleh PBB. Persidangan tersebut tidak mencapai apa-apa keputusan mengenai isu ini tetapi menyeru semua pihak untuk mencari penyelesaian dengan sebulat suara. Pengerusi sesi tersebut menyatakan bahawa "negara individu tidak dapat memaksa masyarakat antarabangsa menerima nama tertentu, sebaliknya penstandardan hanya dapat dipupuk apabila wujudnya kata sepakat."[11][12]
South Korea calls it the East Sea
the sea area has been consistently called "East Sea" in Korea
|author=
dan |last=
specified (bantuan)