Kota Purba Aleppo
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Aleppo purba
Maklumat am
TermasuklahKubu kota Aleppo
Souq al-Madinah Sunting ini di Wikidata
Inskripsi1986 (sesi Ke-10)
Keluasan364 he (39,200,000 ka2)
Maklumat lokasi
LokasiAleppo, Syria Sunting ini di Wikidata
Koordinat36°11′N 37°09′E / 36.18°N 37.15°E / 36.18; 37.15
Kota Purba Aleppo is located in Bumi
Kota Purba Aleppo
Kota Purba Aleppo (Bumi)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kota Lama Aleppo (nama daftar UNESCO Kota Purba Aleppo) ialah pusat bandar bersejarah kota Aleppo (Arab: حلب, Halab), Syria. Banyak daerah-daerah kota purba ini kekal tanpa perubahan semenjak pembinaannya pada abad ke-12 hingga abad ke-16. Oleh sebab serangan dan ketidakstabilan politik penghuni kota ini terpaksa membina kawasan-kawasan seakan-seakan sel yang berasingan dan yang berdiri sendiri dari segi sosial dan ekonomi. Setiap daerah memiliki ciri-ciri keagamaan dan etnik penghuninya.

Kota Lama Aleppo — terdiri daripada kota kuno yang terkandung di dalam dinding dan kawasan-kawasan seakan-akan sel di luar dinding — mempunyai kawasan lebih kurang 350 hektar (3.5 km²) dan dihuni lebih daripada 120,000 penduduk.[1]

Bercirikan rumah-rumah besar, lorong-lorong sempit, pasar (souq) berbumbung dan dan rumah persinggahan (caravanserai), Kota Lama Aleppo disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986[2].

Banyak bahagian-bahagian Souq al-Madinah dan bangunan-bangunan Zaman Pertengahan di dalam pusat bandar lama ini termusnah, rosak dan terbakar akibat pertempuran antara tentera kerajaan Syria dan Tentera Bebas Syria dalam apa yang digelar Pertempuran Aleppo pada 25 september 2012. Souq terbakar ekoran pengunduran tentera Syria dari kawasan itu[3].

Pemerian

Pola Aleppo kuno
Aleppo pada tahun 1912

Terletak pada tebing kiri Sungai Queiq, kota kuno dikelilingi bulatan lapan bukit yang mengelilingi satu bukit pusat di mana terbina sebuah kota (asalnya sebuah kuil yang dibina alaf kedua SM) berbentuk akropolis. Jejari bulatan lebih kurang 10 km. Bukit-bukit dikenali sebagai Tell as-Sawda, Tell ʕāysha, Tell as-Sett, Tell al-Yāsmīn (Al-ʕaqaba), Tell al-Ansāri (Yārūqiyya), ʕan at-Tall, al-Jallūm, Baḥsīta.[4] Dengan keluasan lebih kurang 160 hektar, kota kuno dilingkungi dinding bersejarah dengan lilitannya sepanjang 5 km, yang paling akhir dibina kembali oleh Mamluk. Dinding ini sudah pun hilang di kebanyakan bahagiannya. Ia memiliki sembilan pintu (lima terpelihara dengan baik) dan pada suatu masa dahulu, dikelilingi sebuah longkan yang lebar dan dalam[4].

Kawasan Kota Lama yang lebih baharu, kawasan Jdeydeh, dibina oleh orang Kristian pada awal abad ke-15, di kawasan subbandar utara kota, selepas pengunduran Mongol dari Aleppo. Jdeydeh merupakan contoh terbaik kawasan seakan-akan sell di Aleppo. Berikutan kejayaan ekonomi, banyak lagi kawasan seperti Jdeydeh dibina di kawasan luar dinding pada abad-abad ke-15 dan ke-16.

Mercu tanda

Aleppo bercirikan gaya seni bina bercampur, ekoran penjajahannya oleh orang-orang Romawi, Byzantine, Seljuk, Mamluk dan Uthmaniyyah[5].

Beberapa jenis binaan abad-abad ke-13 dan ke-14 seperti caravanserai, kisaria, madrasah, hammam dan binaaan keagamaan terdapat di dalam Kota Lama Aleppo. Daerah Jdeydeh menempatkan rumah-rumah abad ke-16 dan ke-17 milik kelas borjuis. Rumah-rumah ini bercirikan ukiran batu.

Souq dan Khan

Rencana utama: Souq al-Madinah

Bawabet al-Yasmin berdekatan pasar bulu kambing, Jdeydeh
Aleppo purba, pintu masuk ke Souq al-Madinah

Tempat letak kota yang amat sesuai untuk perdagangan menarik penduduk daripada pelbagai bangsa dan kepercayaan agama yang mahu mengambil kesempatan laluan perdagangan yang bertemu di Aleppo; China dan Mesopotamia di sebelah timur, Eropah di barat, dan Hilal Subur di sebelah selatan. Souq (Pasar) berbumbung yang terbesar di dunia berukuran 13 kilometer panjang, terletak di Aleppo[6].

Souq al-Madinah ( harfiah, "pasar kota") ialah sebuah pusat perdagangan penting bagi pengimportan barangan mewah, seperti sutera mentah dari Iran, rempah dan pewarna dari India, kopi dari Damsyik dan banyak produk-produk lain. Pasar Madinah juga menawarkan produk-produk tempatan seperti bulu kambing, hasil-hasil pertanian dan sabun. Kebanyakan pasar berasal dari abad ke-14 M dan dinamakan sempena profesion dan ketukangan, justeru pasar bulu kambing, pasar kuprum, dan sebaginya. Selain daripada perdagangan, pasar ini juga menyediakan ruang buat para pedagang dan barangan mereka di dalam khan atau caravanserai (sejenis asrama atau rumah penginapan di mana kafilah tinggal) yang bertaburan di dalam pasar itu sendiri. Pasar-pasar kecil disebut kisaria (Arab: قيساريات. Kisaria lebih kecil daripada khan dan berfungsi sebagai bengkel pertukangan. Kebanyakan khan diberi nama sempena fungsi dan tempat letak di dalam pasar, dan bercirikan muka dan pintu yang meiliki pintu kayu yang diperkukuhkan.

Khan yang terutama di dalam kawasan berbumbung Souq al-Madinah adalah: Khan al-Qadi dari tahun 1450, Khan al-Saboun awal abad ke-16, Khan al-Nahhaseen dari 1539, Khan al-Shouneh dari 1546, Khan al-Jumrok dari 1574, Souq Khan al-Wazir dari 1682, Souq al-Farrayin, Souq al-Dira', Souq al-Hiraj, Souq al-Attarine, Souq az-Zirb, Souq Marcopoli, Souq as-Siyyagh, Khan orang Venice, Souq Khan al-Harir dari lewat abad ke-16, Suweiqa, dan lain-lain.

Souq dan khan tradisional lain yang terletak Jdeydeh di luar kota berdinding termasuk:

Bangunan-bangunan bersejarah

Bangunan-bangunan bersejarah penting termasuk:

Kubu kota Aleppo
Gereja-sekolah Al-Shibani
Bimaristan Arghun al-Kamili, tahun 1354 M
Menara Jam Bab al-Faraj
Lorong Dar Basile di Jdeydeh, abad ke-18

Rujukan

  1. ^ bleeker. "Alepposeife: Aleppo history". Historische-aleppo-seife.de. Dicapai pada 2013-06-10.
  2. ^ "eAleppo:Aleppo city major plans throughout the history" (dalam bahasa Arabic).CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Fighting in Aleppo starts fire in medieval souks". Kyivpost.com. Dicapai pada 2013-06-10.
  4. ^ a b Alexander Russell, penyunting (1856). The Natural History of Aleppo (ed. 1st). London: Unknown. m/s. 266.
  5. ^ Yacoub, Khaled. "Travel Postcard: 48 hours in Aleppo, Syria". Reuters. Dicapai pada 2013-06-10.
  6. ^ "eAleppo: The old Souqs of Aleppo (in Arabic)". Esyria.sy. Dicapai pada 2013-06-10.
  7. ^ "Aleppo.us: Khans of Aleppo (in Arabic)".
  8. ^ "Aleppo…Cultural Landmark, Trade Hub by the Chinese News Agency (Xinhua)". DP-news. 2011-04-16. Dicapai pada 2013-06-10.
  9. ^ eAleppo Bab al-Faraj tower (in Arabic)
  10. ^ Aleppo Culture National Library of Aleppo (in Arabic)

Pautan luar

Koordinat: 36°11′N 37°09′E / 36.183°N 37.150°E / 36.183; 37.150