Koolie
Coolie
Seekor koolie biru-merle bulu pendek
Nama lainKoolie Australia
Coolie Australia
Koolie Jerman
Coolie Jerman
Coulie
Negara asalAustralia
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
CatatanKoolie/Coolie Australia telah diiktiraf di Pendaftar Sukan Australia, Pendaftar Persatuan Baka Gembala Amerika, Pendaftar Kepatuhan New Zealand dan Persatuan Gembala Finland. Koolie/Coolie terdaftar dengan Kelab Koolie Australia diterima dalam daftar Sukan Kawalan Kanin di Victoria, di New South Wales dan di Queensland.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Koolie atau coolie (Sebutan bahasa Melayu: [kuˈli]) ialah satu baka anjing Australia. Koolie ialah anjing pekerja atau gembala yang telah wujud di Australia sejak awal abad ke-19, masa ia dibiakbakakan daripada anjing pekerja British yang diimport. Robert Kaleski, dalam suatu rencana tentang anjing lembu dalam keluaran Ogos 1903 bagi Gazer Pertanian New South Wales, memerihalkan "heeler atau merle Wales, dikenali dengan salah sebagai collie Jerman," sebagai "anjing biru-kelabu kira-kira saiz dan binaan collie berbulu licin, pada amnya dengan mata dinding." Latar belakang British mengatas pada anjing ini sehingga berkait dengan nama "collie Jerman".

Ada variasi penting dalam kalangan populasi koolie, kerana koolie dibiakbakakan untuk menunjukkan ciri berlainan di kawasan berlainan. Kelab Koolie Australia mentakrifkan baka ini berdasarkan kebolehannya untuk bekerja lebih daripada berdasarkan pengakuran. Walau bagaimanapun, kebanyakan pembiak baka koolie merujuk koolie sebagai baka lebih daripada sebagai jenis, dan menegaskan bahawa ia "nyata membiak", dengan pelbagai jenis atau jurai keturunan.

Koolie ialah "anjing ketua", yang mempunyai naluri semula jadi untuk mengusir (iaitu, berpusing dengan luas), memusingkan biri-biri dan membawa biri-biri pulang ke pemilik. Koolie dikenali sebagai anjing pekerja senyap dan tegak. Ia digunakan untuk "mengetuai" biri-biri dan juga untuk kerja berwaspada dan senyap di tempat tertutup untuk "salin bulu" (pemotongan bulu) biri-biri.

Nota

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar