Gambar rajah kompas pelaut Dinasti Ming
Jarum kompas berayun pada pangsi dalam salinan 'Epistola de magnete' Peter Peregrinus (1269)
Mata angin kompas kelasi pandu arah
Kompas lensa berasaskan cecair

Kompas (Jawi: کومڤس) atau pedoman (Jawi: ڤدومن) ialah alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas ialah alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh orang China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 Masihi.

Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

Selain kompas pelaut, kompas lain ialah kompas gegasing dan kompas falak untuk menentukan utara benar. Kompas kiblat pula diubah suai untuk menunjuk ke arah Mekah.

Peristilahan

Perkataan pedoman meminjam dari bahasa Jawa terbitan kata dom (Hanacaraka: ꦢꦺꦴꦩ꧀) bermaksud "jarum", kedua-dua perkataan jarum dalam bahasa Melayu dan dom dalam bahasa Jawa sekembar diturunkan daripada akar Austronesia yang sama iaitu *Zarum.[1][2] Perkataan pedoman ini kini lebih beralih maksudnya secara kiasan kepada "panduan" atau "petunjuk".[3]

Sejarah

Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci/agama. Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak. Malangnya bukan mudah mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat berbeza atau terlalu dalam.

Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang masa. Contohnya, ahli pelayaran Arab bergantung kepada langit yang cerah di Teluk Farsi dan di Lautan Hindi. Mereka menggunakan sistem bintang atau buruj (astronomi) untuk menentukan arah.

Kelasi kapal di laut cetek seperti di Laut Baltik banyak bergantung kepada sistem bunyi dasar laut. Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam untuk memudahkan pelayaran.

Mesoamerika

Penemuan artifak hematit Olmec oleh John Carlson di Amerika menunjukkan alat ini telah digunakan seawal 1000 tahun masihi. Olmec boleh digunakan berpandukan objek hidup atau objek-objek mati.

Jarum dan mangkuk

Alat asas sebuah kompas ialah sebatang jarum, mangkuk, air dan sehelai kain/sutera yang boleh terapung di atas air. Jarum itu hendaklah digeser-geserkan terlebih dahulu pada mana-mana besi seperti pada pedang supaya besi jarum itu mempunyai medan magnet. Alat ini telah digunakan di seluruh dunia sebagai sebuah kompas hinggalah terciptanya 'kotak kompas' sekitar 1300 masihi.

China

Sejarawan British Joseph Needham menyatakan kompas mula-mula sekali dicipta oleh orang China purba berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip yang telah ditemui di sana.

Pembaharuan kompas di China

Beberapa persoalan

Ada perdebatan tentang kompas ciptaan China ini. Hal ini termasuklah tentang:

Perbezaan

Rujukan

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*zaRum: needle". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 7 April 2022.
  2. ^ Nothofer, Bernd (2009). "Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu" (PDF). Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia. 27 (1): 23–43. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2019.[pautan mati kekal]
  3. ^ Lihat:
    • "pedoman". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. 1. sj alat berupa jam yg menunjukkan arah (mata angin), kompas; 2. ki sesuatu yg di­jadikan asas (pegangan) utk melakukan se­suatu, petunjuk: kitab suci al-Quran ialah sebaik-baik panduan dan ~ bagi kehidupan manusia... soft hyphen character in |quote= at position 84 (bantuan)
    • "pedoman". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016. 1. n alat untuk menunjukkan arah atau mata angin (biasanya seperti jam yang berjarum besi berani); kompas: sebelum ada --, orang menggunakan bintang untuk menentukan arah perjalanan perahu 2. n kumpulan ketentuan dasar yang memberi arah bagaimana sesuatu harus dilakukan