Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN) merupakan satu set aturan dan cadangan yang berkaitan dengan nama botani formal untuk tumbuhan-tumbuhan. Tujuannya adalah bahawa setiap kumpulan taksonomi tumbuhan (takson) harus mempunyai hanya satu nama benar yang diterima secara sejagat. Nilai sebuah nama saintifik terdiri daripada fakta bahawa ia merupakan sebuah label; namanya tidak harus mempunyai nilai deskriptif, ataupun tepat.

Kedua-dua prinsip ini dikawal dan dihadkan. Untuk mengelakkan kesan-kesan keutamaan yang tidak diingini, pemuiharaan nama adalah mungkin. Tidak terdapat banyak peraturan yang ketat untuk aras-aras yang lebih tinggi daripada aras famili (untuk contohnya, sila lihat nama botani deskriptif).

ICBN hanya boleh ditukar oleh Kongres Antarabangsa Botani (IBC), bersama-sama dengan Persatuan Antarabangsa Taksonomi Tumbuhan yang membekalkan infrastruktur sokongan. Edisi terkini ialah Kod St. Louis (2000) yang boleh didapati dalam talian. Ini berdasarkan keputusan-keputusan IBC XVI di St. Louis pada tahun 1999. Kod ini didahului oleh Kod Tokyo (1994) yang juga boleh didapati dalam talian. Menyusul IBC XVII di Vienna pada tahun 2005, Kod Vienna (2006) akan diterbitkan. Setiap edisi baru menggantikan edisi-edisi yang dahulu dan diundurkan tarikh ke 1753 (kecuali jika dihadkan dengan nyata).

Tatanama botani tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tatanama zoologi dan bakteriologi yang ditentukan oleh kod masing-masing (sila lihat Kod Tatanama). ICBN digunakan bukan sahaja untuk tumbuhan-tumbuhan seperti yang ditakrif sekarang, tetapi juga untuk organisma-organisma lain yang dikaji oleh ahli-ahli botani. Ini termasuk:

Tumbuhan-tumbuhan tanaman mempunyai kod yang berasingan. Ini memberikan peraturan-peraturan dan cadangan-cadangan tambahan.


Pautan luar