Kem pelarian Kutupalong
কুতুপালং শরণার্থী শিবির | |
---|---|
Koordinat: 21°12′45″N 92°09′48″E / 21.2126°N 92.1634°EKoordinat: 21°12′45″N 92°09′48″E / 21.2126°N 92.1634°E | |
Negara | Bangladesh |
Bahagian | Bahagian Chittagong |
Daerah | Cox's Bazar |
Upazila | Ukhia Upazila |
Keluasan | |
• Jumlah | 13 km2 (5 batu persegi) |
Penduduk (30 Jun 2020)[1] | |
• Jumlah | 598,545 |
• Kepadatan | 46,000/km2 (120,000/batu persegi) |
• Kem | 16,714 (Kutupalong); 581,831 (tapak perluasan) |
Kem pelarian Kutupalong (Benggali: কুতুপালং শরণার্থী শিবির ) ialah kem pelarian terbesar di dunia.[2][3][4] Ia berada di Ukhia, Cox's Bazar, Bangladesh, yang kebanyakannya didiami oleh pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penganiayaan etnik dan agama di negara jiran Myanmar.[5][6] Ia merupakan satu daripada dua kem pelarian yang dikendalikan kerajaan di Cox's Bazaar, manakala satu lagi ialah kem pelarian Nayapara.[7]
Pejabat Kem UNHCR di Kutupalong disokong oleh tujuh entiti antarabangsa: kerajaan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Finland, Sweden dan Yayasan IKEA.[8][9]