Katowice (sebutan: [katɔ'vʲitsɛ] (Bahasa Czech: Katovice; Jerman: Kattowitzcode: de is deprecated ) ialah sebuah bandar penting di wilayah bersejarah Upper Silesia di selatan Poland di persimpangan Sungai Kłodnica dan Sungai Rawa.
Katowice ialah pusat pentadbiran dan bandar bagi sebuah kerajaan tempatan yang bernama Majlis Perbandaran Silesian sejak tahun 1999 dan sebelum itu merupakan pusat bandar bagi Majlis Perbandaran Katowice. Katowice ialah bandaraya utama kawasan perindustrian Upper Silesia.
Kawasan sekitar Katowice iaitu Upper Silesia, pernah didiami oleh etnik Silesia sejak kurun pertama masihi. Ia diperintah buat pertama kali oleh Dinasti PiastPoland sehinggalah kejatuhan dinasti itu. Ia kemudian diperintah oleh Kerajaan Habsburg. Bandar itu sendiri diasaskan pada kurun ke-19 masihi ketika kawasan terbabit di bawah pemerintahan Kerajaan Prussia, dan Katowice mendapat taraf bandaraya pada tahun 1865. Diduduki oleh orang-rang Jerman, Silesia, Yahudi, dan Poland, Katowice menjadi sebahagian daripada Republik Kedua Poland bersempena dengan kebangkita masyarakat Silesia di antara tahun 1918 dan 1921. Tanah di kawasan itu dibahagikan oleh tentera bersekutu, meninggalkan Kattowitz di sebelah Poland dengan kuasa autonomi.
Bandar ini berkembang kerana banyaknya sumber-seumber asli (kebanyakannya adalah arang batu) di kawasan pergunungan sekitar.
Di antara tahun 1953-1956 ia dinamakan sebagai Stalinogród - "Bandar Stalin" oleh pihak komunis Poland.
GKS Katowice - pasukan bola sepak lelaki, (Pemenang Piala Poland: 1986, 1991, 1993; pemenang Piala Super Poland: 1991, 1995; juara liga musim 2003/2004 dan 2004/2005). Juara hoki ais:1958,1960,1962 Gòrnik Katowice / GKS 1965,1968,1970.
AZS AWF Katowice
KS Rozwój Katowice - kelab bola sepak
MK Katowice - kelab bola sepak
Kolejarz Katowice - kelab bola sepak
Podlesianka Katowice - kelab bola sepak
AZS US Katowice - pelbagai jenis sukan
Naprzód Janów Katowice - kelab hoki
HKS Szopienice - pelbagai jenis sukan
Hetman Katowice - kelab bola sepak
Hetman Szopienice - kelab catur
MAKS Murcki Katowice - kelab hoki ais dan bola jaring