Jumaat Agung | |
---|---|
Perarakan Jumaat Agung di Jerman | |
Warna liturgi | lembayung, hitam |
Jenis | Kristian |
Kepentingan | Penyaliban Jesus |
Tarikh | Easter − 2 days |
Jumaat Agung (Jawi: جمعة أݢوڠ ; bahasa Inggeris: Good Friday) adalah cuti keagamaan dalam budaya agama Kristian yang memperingati hukuman salib tokoh Yesus Kristus yang diceritakan di Golgotha sekitar Yerusalem.[1] Cuti ini disambut semasa Minggu Suci sebagai sebahagian daripada Paschal Triduum pada hari Jumaat sebelum Hari Easter pada hari Ahad, dan mungkin juga bertembung dengan hari Passover orang Yahudi.
Tarikh memperingati hari ini cenderung berubah dari hari ke hari mengikut peredaran dalam takwim Gregorius. Gereja-gereja Mazhab Timur dan Mazhab Barat saling bertelingkah mengenai perkiraan hari sambutan Easter, lebih-lebih lagi hari ini. Hari ini dimaktubkan sebagai cuti am di beberapa negara Barat termasuk beberapa negeri dalam Amerika Syarikat.[2] Malah, ada beberapa negara tertentu seperti Jerman mempunyai undang-undang yang mengharamkan kegiatan tertentu - misalnya tari-menari atau berlumba kuda - yang dianggap mencemar kesucian hari ini.[3][4]
In England Good-Friday and Christmas are the only close holidays of the year, when the shops are all closed and the churches opened.
Bookmakers estimate that thousands of shops will be operating, even though Good Friday is one of three days in the year when no horse racing takes place.Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Every year on Good Friday, Germany becomes a little like the fictional town in the movie 'Footloose' – dancing is verboten. The decades old 'Tanzverbot,' or dance ban, applies to all clubs, discos and other forms of organized dancing in all German states.Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)