Joan Sutherland, 1975

Joan Sutherland DBE, (7 November 1926 – 10 Oktober 2010)[1] ialah seorang penyanyi soprano koloratura dari Australia yang terkenal dengan teknik nyanyian bel kanto dari 1950-an hingga 1970-an.

Beliau dijulang sebagai La Stupenda selepas melakonkan opera Alcina yang dipersembahkan di Teatro la Fenice pada tahun 1960. Rakannya Luciano Pavarotti pernah memanggil Sutherland sebagai "Suara Abad Ini", manakala Montserrat Caballé memerikan suara beliau sebagai seperti "syurga". Not tertinggi beliau ialah 'F-sharp' tinggi dalam altissimo.[2]

Masa muda dan karier awal

Kubur Sutherland (kanan) dengan patung patungnya di tanah perkuburan Clarens di kanton Switzerland Vaud dengan Tasik Geneva di latar belakang. Di sebelah kiri ialah tempat peristirahatan terakhir dudanya.

Joan Sutherland dilahirkan di Sydney. Ibu beliau adalah seorang penyanyi mezzo-soprano yang terpaksa mengorbankan karier beliau untuk keluarganya. Sutherland banyak belajar muzik dan nyanyian dari ibunya. Beliau dihantar bersekolah di St Catherine School di Sydney, sebuah sekolah perempuan Anglican yang tertua di Sydney. Ketika berusia 18 tahun, beliau memulakan kursus nyanyian secara intensif.

Pada tahun 1950, Sutherland memenangi biasiswa muzik Australia dan dihantar ke London untuk memulakan pengajian opera di Royal College of Music. Pada tahun 1951, beliau menyanyi dalam beberapa persembahan penggubah Eugène Goossens yang berjudul Judith.

Sutherland membuat persembahan pertama beliau pada tahun 1952 sebagai Dido di dalam opera karya penggubah Henry Purcell yang berjudul Dido and Aeneas.

Beliau membuat debut di Eropah sebagai First Lady untuk opera Die Zauberflöte di Royal Opera House, London, pada Oktober 28, 1952.

Rakaman

Antara rakaman beliau termasuklah:

Vincenzo Bellini

Georges Bizet

Giovanni Bononcini

Léo Delibes

Gaetano Donizetti

Charles Gounod

George Frideric Handel

Wolfgang Amadeus Mozart

Giacomo Meyerbeer

Jacques Offenbach

Giacomo Puccini

Gioachino Rossini

Ambroise Thomas

Giuseppe Verdi

Rujukan

  1. ^ Australian Soprano Dame Joan Sutherland dies Brisbane Times
  2. ^ "Icons of Opera – Dame Joan Sutherland". Opera Britannia. Dicapai 22 September 2010.

Bacaan lanjut

Pautan luar