B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit) H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)
Warna jingga
Warna jingga [jing-ga] (Jawi: جيڠݢcode: ms is deprecated ), oren [o-rén] (Jawi: اورينcode: ms is deprecated ) atau kuning bata (Jawi: كونيڠ باتcode: ms is deprecated ) merupakan spektrum cahaya yang terlihat antara merah dan kuning. Panjang gelombangnya disekitar 585–620 nanometer. Warna jingga ialah warna bernama yang tunggal dalam CSS yang tidak ditakrif oleh HTML 4.01.
Warna jingga ialah warna yang sama dengan warna buah oren, dan dinamakan sempena buah ini. Berbeza dengan warna biru atau merah, warna ini dapat dipastikan dengan lebih tepat, kerana kita dapat tengok buah-buah oren. Sebelum buah oren diperkenalkan kepada dunia penutur bahasa Inggeris, warna ini digelarkan dalam bahasa Inggeris lama sebagai geoluhread, yang boleh ditransliterasikan sebagai "kuning-merah" dalam bahasa Inggeris moden.
Dengan bahan-bahan pewarna yang semula jadi, seperti cat atau krayon, warna jingga ialah warna sekunder yang boleh dihasilkan daripada warna-warna dasar melalui pencampuran warna merah (lebih tepat, warna magenta) dengan warna kuning.
Penggunaan dan perlambangan
Warna jingga ialah warna yang berkontras dengan biru, dan dapat dilihat dengan nyata di langit yang cerah. Oleh itu, warna ini sering digunakan untuk keselamatan.
Warna jingga ialah warna bola Snuker Plus dengan nilai lapan mata.
Dalam ilmu jata Inggeris, warna jingga menunjukkan kekuatan, kemulian, kemurahan hati, dan kemakmuran. Warna ini amat jarang digunakan sebagai warna lambang kebangsawanan United Kingdom.
Warna jingga ialah warna negeri Belanda disebabkan keluarga dirajanya berasal dari Orange di Perancis. Bendera moden negeri Belanda menggantikan warna jingga yang asal dengan warna merah, tetapi pada hari-hari keputeraan diraja, bendera itu mempunyai sehelai panji-panji yang berwarna jingga sebagai warna tambahan. Kebanyakan penggunaan geografi untuk perkataan "jingga" boleh dikesan sehingga zaman kuasa kelautan Belanda pada abad ke-17.
Warna jingga ialah warna utama untuk Adanaspor SK dari negara Turki.
Warna jingga telah menjadi warna untuk pembangkangan politik di sekeliling dunia. Umpamanya, warna jingga telah digunakan sebagai warna penghimpunan untuk:
Revolusi Orange di Ukraine antara tahun 2004 dan 2005.
peneroka-peneroka Yahudi di Genting Gaza yang menentangi Rancangan Pengunduran Satu Pihak dari Genting Gaza.
Warna parti politik
Warna jingga telah dipergunakan sebagai warna politik oleh parti-parti politik yang berikut:
Warna jingga ialah warna pilihan untuk banyak pasukan sukan negara dan penyokong-penyokongnya.
Warna jingga biasanya merupakan warna untuk pasukan-pasukan sukan negara dan ahli-ahli olahraga di negeri Belanda. Nama samaran untuk pasukan bola sepak negara di Belanda ialah Oranje, sepatah perkataan untuk "jingga" dalam bahasa Belanda.
Warna jingga juga merupakan warna Omiya Ardija, sepasukan bola sepak Liga-J.
Jingga ialah warna rasmi untuk Universiti Syracuse dan "Syacuse Orange" ialah nama untuk banyak pasukan sukan dalam universiti itu. Dalam olahraga kolej-kolej Amerika Syarikat, warna jingga digabungkan dengan warna-warna yang lain untuk membentukkan warna sukan untuk:
Cleveland Browns, Cincinnati Bengals, dan Denver Broncos daripada Liga Bolak Sepak Nasional
Phoenix Suns dan Charlotte Bobcats daripada Persatuan Bola Keranjang Nasional
Philadelphia Flyers daripada Liga Hoki Nasional.
Kelainan warna jingga
Warna jingga sering digunakan untuk meneguhkan ketampakan. Sebahagian besar daripada pigmen-pigmen jingga tergolong dalam keluarga hartal, atau kadmium. Sebenarnya, warna perang merupakan sebahagian warna jingga, iaitu campuran jingga dengan kelabu, dalam spektrum warna.
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit) H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)
Jingga bakar ialah satu kelainan yang telah dipergunakan oleh Olahraga Longhorn, Universiti Texas di Austin sebagai warna sekolah. Sampel untuk warna jingga bakar yang dipergunakan boleh didapati daripada laman web universiti itu. Jingga bakar boleh dihasilkan dengan penggunaan kod perenambelasan #CC5500.
Kelainan-kelainan jingga bakar juga digunakan sebagai warna sekolah oleh Universiti Auburn, Universiti Clemson, Virginia Tech, antara lain.