Jaguar | |
---|---|
Jaguar jantan | |
Jaguar betina di Brazil | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. onca
|
Nama binomial | |
Panthera onca Linnaeus, 1758
| |
![]() | |
Taburan Jaguar. |
Jaguar (nama saintifik: Panthera onca)[2] ialah sejenis kucing besar yang tergolong dalam genus Panthera, ia satu-satunya spesies Panthera yang berasal dari benua Amerika. Jaguar ialah kucing liar ketiga terbesar selepas harimau dan singa, dan juga kucing yang terbesar dan terkuat di Hemisfera Barat. Kawasan Taburan jaguar meliputi dari Mexico di utara, merentasi Amerika Tengah hingga ke Paraguay dan Argentina utara di selatan. Hampir semua populasi spesies jaguar telah pupus di Amerika Syarikat sejak awal 1900-an melainkan di tenggara Tucson, sebahagian negeri Arizona.
Jaguar spesies hampir terancam yang semakin berkurangan bilangannya akibat kehilangan dan pembahagian habitat. Sungguhpun larangan undang-undang dikenakan terhadap perdagangan jaguar atau anggota badannya di peringkat antarabangsa, namun kucing besar ini masih diancam oleh manusia, khususnya ketika berdepan dengan peladang dan penternak di Amerika Selatan. Meskipun begitu, taburan jaguar masih tetap meluas. Ia wujud begitu lama dalam sejarah. Oleh itu, jaguar banyak menjadi bahan utama dalam kepercayaan orang peribumi benua Amerika, termasuk tamadun-tamadun Maya dan Aztek.
Jaguar kucing liar asli benua Amerika paling besar dan kucing liar ketiga terbesar di dunia selepas harimau dan singa.[3][4][5] Ia berdiri dengan ukuran tinggi 68 hingga 75 cm (26.8 hingga 29.5 in) dari bahu sampai ke kaki-kakinya.[6] Badan jaguar sangat berotot.
Badan jaguar bertompok seperti harimau bintang, tetapi tompok jaguar lebih besar dan gelap membentuk seperti bunga dengan bintik kecil di tengahnya.[7] Badan jaguar juga kurang bertompok berbanding dengan badan harimau kumbang, tompok-tompok di kepala, tengkuk dan ekornya hanya berwarna tunggal.[3] Badan jaguar pun lebih besar dan teguh daripada badan harimau bintang, manakala sifat-sifat tabii dan habitatnya lebih menyerupai harimau belang.[7]
Biarpun lebih gemar hidup dalam kawasan hutan hujan, namun jaguar juga boleh hidup dalam berbagai-bagai jenis kawasan berhutan dan terbuka. Selain itu, habitatnya mesti ada punca air.
Jaguar pandai berenang seperti harimau belang.
Jaguar merupakan pemangsa hendap yang biasanya memburu secara bersendirian dan memilih mangsanya mengikut peluang, dan juga pemangsa puncak dan batu kunci, yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekosistem dan mengawal bilangan spesies mangsanya. Gigitan jaguar teramat kuat sekali, berbanding kucing-kucing besar yang lain,[8] sehingga boleh menusuk cangkerang kura-kura[9] serta menggunakan cara pembunuhan yang tersendiri, iaitu menggigit telinga mangsa sampai menusuk tengkorak dan otaknya.[10]
|errata=
ignored (bantuan)((cite iucn)): error: |doi= / |page= mismatch (help)
|s2cid=
value (bantuan). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 June 2010.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Panthera onca. |